Sunday, June 2, 2013

Ulangkaji Peperiksaan

Bismilahirrahmanirahim...


Aduhh ! post skima sangat2. Haha. Petang nie nak citer sal exam. Sekarangnya mood student degree tengah kacau nak exam. UPSI mula exam Esok! Yup, tommorow never dies.  Cuak. Oh, mestilah. Bila ilmu tak penuh di dada nak masuk dewan besar dengan ilmu cipuk sangat. Tapi, kalau dah bersedia takde hal punyer. Btw, aku akan mula exam 6 haribulan 6. Haa..hari khamis nie kan ? Paper, Sintaksis Bahasa Melayu. Oww..bukan mudah wehh nak jawab sintaksis nie. Main dengan frasa, main dengan klausa, ayat bagai. Kalau tak suka Bahasa Melayu baik tak payah amik awal2. Kalau minat takde masalah. Mudah jer.

Semester nie enam kertas bakal aku jawab. minggu pertama exam direct tak rehat langsung. Minggu kedua exam selang seli. hari nie ada paper esok takde. Okay la, boleh study lagi. Syukur sebab satu hari satu kertas. Semester nie agak susah nk scorr. Tak apa yang penting usaha dulu. Kalau kita dah usaha sungguh2 tapi exam tak dapat tinggi kira kita dah puas sebab kita tahu kecekapan kita. Sedih. kecewa. adat lah tue.

Cakap hal sintaksis nie, paper nie bukan senang. Perlu faham konsep macam mana. Kena ingat kata kuncinya. Biasa soalan tak ada tanya direct mesti keliru2. Aku pun risau giler dengan paper sintaksis nie. Baiklah, aku amil contoh apa yang aku study tadi pasal Frasa kerja.  Frasa kerja nie kata inti dia Kata kerja. Kata kerja ada dua jenis. kata kerja transitif satu objek dan dua objek. kata kerja tak transitif pula ada dua. Berpelengkap dan tanpa pelengkap. Kalau faham mudah jer. Sebab tue kena study betul2. Bab frasa kerja nie keliru sikit. Tak apa masih ada masa lagi untuk aku ulangkaji. Cukup lah. Dah mabuk pening dengan Sintaksis. Harap dapat A gemuk. ! Doakan.  Selamat menduduki exam ~ :)



Oh, Sintaksis!




No comments: