Saturday, September 14, 2013

Tahniah !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Semalam. 12 September 2013.



Tahniah! Akhirnya graduasi jugak. Orang yang banyak tolong saya di sini. Dialah. Insan yang bagi tiket untuk pulang melihat arwah ayah tenat. Dialah. Orang yang banyak bantu saya di Upsi. Dialah. Sebak juga dia dah takde. Lumrah. Tapi gembira melihat dia bahagia dengan kejayaannya. Idola. Bangga juga. Terbayang saya konvo dua tahun lagi. InsyaAllah. Selamat ber'posting'. Jadilah guru yang dirindui pelajar. Sejambak bunga tak berbaloi dengan bantuan dia  memberikan tiket dia pada saya untuk pulang ke besut. Dari Kuala Lumpur ke Jerteh. Huhuhu. Hutang emas boleh dibayar, Hutang nyawa tiada ganti. Terima kasih untuk semuanya. Tahniah. Senyum.


Congrate senior ^^ ! Yull Juza. sape tak kenal. Instruktor pengurusan kokurikulum kami masa semester dua. Dia nie ada kembar. Kembar dia belajar di Upsi jugak. Banyak nasihat dan cerita daripadanya. Selalu nasihat kami adik-adik junior. Selamat maju jaya abe yull !  Tq. :)


Our last memory ;

KAMI

Tahniah !

Selamat Hari Jubah.

^^





Thursday, September 12, 2013

Doakan !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Syukur. Selamat tiba di bumi Tanjong Malim. Khususnya Kolej Za'ba UPSI. Alhamdullilah dapat meneruskan pelajaran semester lima. Oh, dah semester lima. Sudah senior lah nie. Semester lima rumah pun tingkat lima. Tak apa lah. Janji bahagia. Bila menjengah ke semester lima, terasa sangat risau. Makin banyak yang harus dipelajari sebelum keluar menjadi seorang pendidik. Oh, Cikgu Farhana. Semester lima aku habiskan untuk dua puluh satu jam kredit.! Banyak tue, kata sahabat di UM. Iya, memang banyak dan berat. Tapi jangan fikir berat, usah fikir banyak. Jalanilah, hadapilah semua itu. Pasti ada bahagianya nanti. Satu sahaja, YAKIN.

Budak Bahasa Melayu macam aku dah biasa kalau enam tujuh kertas daftar mata pelajaran. Risau memang risau tapi hidup kita tak akan lepas daripada berdoa. Doa senjata kita. Tak minta lain tak minta bukan aku mengharapkan dipermudahkan segalanya. Semester nie risau sebabnya daftarkan subjek Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu. Paper nie pensyarah sangat bagus ! takde hal. Baik sangat-sangat. Teserlah sifat kebapaannya.Aplikasi nie jugak main dengan laptop kerjanya. Program flash-flash namanya. Nama penuhnya takingat. Agak rumit jugak. Tetiap hari kena submit. Yang kedua Drama Amali Seni Lakon. Dah memang budak bahasa amik minor sastera kena lah pandai berlakon. Tiap-tiap malam ada latihan. Bakal dipentaskan di dewan drama arahan Mana Sikana. Ketiga, Semantik Pragmatik. Keempat Prosa Melayu. Tiga lagi subjek malas nak hurai. Kehkehkeh.

Dua puluh satu jam kredit kena harungi untuk semester lima. Semoga dipermudahkan jalan semuanya. Harus pandai bagi masa. Harus bijak kan nak jadi Cikgu ! Hihihi. Doakan aku dan teman-temanku. Mengharapkan semuanya lancar dan kekuatan itu milik aku. 

DOAKAN !