Sunday, July 29, 2012

lapan ramadhan.

Ahlan Wasahlan..


Menjengah seketika untuk berkongsi cerita. Puasa kali ini dikejutkan dengan berita bapa saudara, abang kepada emak kemalangan. khamis lalu. langgar lari. agak teruk. patah tulang bahu dan rusuk. bapa saudara mahu ke kebun selepas meninggalkan anaknya di rumah penulis untuk menjaganya. anak kecil yang berusia 4bulan dan 3tahun. Dugaan dibulan puasa. Mungkin esok menjaga anaknya dua orang tersebut. takpe lagipun penulis masih dalam mood cuti semester. " Cik, duk molek deh pita, pah2 nie sihat lh2. xd0p org doh lah nak mari dum0h pah nie, kalo cik sokmo mari "  Moga Cik cepat sembuh. Doakan.

Petang tadi, berkesempatan ke bazar ramadhan Kampung Raja bersama Aishah. Melihat suasana di situ. Membeli apa yang patut. Terkedu seketika melihat Pak Cik buta yang bermain piano mendendangkan lagu ' tegar kau menari di atas tangisan ku ' tak ingat tajuk apa. Seorang pakcik buta sanggup berusaha mencari not2 muzik lagu tersebut. Terharu. =.=





Sunday, July 22, 2012

menanti subuh.

Selamat pagi ^^

Mencapai komputer riba tatkala sesudah selesa besahur. Amat terasa. kenangan tetap dalam ingatan. T_T. Rindu saat bersama dia. okey please jangan menitis air mata 


Ayah,
hari nie dah masuk 2ramadhan
kami anak2 ayah bangun bersahur
kalau ayah ada
salu kejutkan kiteorang
pasti kedegaran 
suara ayah.

Ramadhan lepas ayah salu 
ajak anak ayah ke bazar
sekarang tiada lagi
terasa bila ayah dah pergi
tinggalkan seorangISTERI
bersama lima mahar 
cinta ayah buat isteri.
tenanglah di Sana.

Sayang Ayah, Rindu Ayah,
AL-FATIHAH.

T_T

Thursday, July 19, 2012

untuk semua ;)

Ahlan Wasahlan, Salam sejahtera.


Halo readers semoga sihat hendaknya. Hanya nak bagitahu hari sabtu  dah mula puasa. Alhamdulillah dapat bertemu lagi pada bulan istimewa yang penuh barakah.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Marhaban Ya Ramadhan..


Selamat Berpuasa buat sahabat-sahabat. Rebutlah barakah daripada-Nya.



Dulu bertujuh,
Sekarang berenam,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
;)
 

Tuesday, July 17, 2012

# petang semalam #

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;)


Minggu lepas, my friend request mitak tolong buat kek oren. Haisyy mana lah cheq geti nak buat. Dia suruh saya belajar buat..i nak buat kek coklat dia taknak. Katanye nak ubah selera kononnya. So, memandangkan duk umah takde menda nak buat godek-godek resepi dengan Incik Google. Petang semalam belajar lah buat kek oren. Agak menjadi jugak lah. Hehe ^^  Etcelinya taksuka kek oren. Kek coklat better lObih SOdaP yer Irsyad. Eh! termentiOn nama lah pulaks. Sori yer brO. Peace siket. Haha.


im baking cake orange.   

Pertama kali buat kek oren nie. Lain kali akan ada penambaikannya. Bukan susah pun nak buat kek oren ini. Antara malas dan rajin jer. Nak express beli kat kedai. Huhuhu. Resepinya cukup mudah.

1biji limau sunkist
1cawan minyak masak
2cawan gula halus
3biji telur
2cawan gandum
1sb baking powder

Cara membuatnya:

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Bakar pd suhu 170C selama 4min hingga 1 jam atau hingga masak. Kalau taknak bakar kukus pun bOleh. Mudah kan?? Dah siap sejukkan. Dan bagi dia makan. =)



Bukan Si Dia yang request. Haha.

P/s: Buat yang request cake orange, Awal bulan9 nak balik kan, nak rase cake orange yer..   Buless! 

          # see you Incik Ekonomi #  tue pun kalau balik lahh :)


Selamat mencuba Kek Oren ^^







Friday, July 13, 2012

Istimewa golongan Hawa ('',)

Salam untuk Readers ^^

 Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda :

" Mana-mana perempuan yang berdiri atas dua kakinya membakar roti bagi suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api itu, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api Neraka. Dan mana-mana perempuan yang menunggu suaminya pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya, disediakan makan minumnya, direnungkannya muka suaminya, memegang tangan suaminya, memperelokkan jamuan kepadanya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya pada suaminya untuk mencari keredhaaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap kalimah ucapannya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat Allah kurniakan padanya "nur" sehingga tercengang-cengang perempuan-perempuan Mukmin seluruhnya atas kurniaan keramat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi." (Riwayat Abu Hurairah)


Hati perempuan umpama kaca kilauannya mempersona, cantiknya memukau jiwa sinarannya menambat rasa Namun.. rapuhnya tidak diduga sekali retak, beribu rekahnya sekali terhempas, luluhlah jiwanya.  



Tak salah kalau penulis menyatakan " perempuan amat berharga dalam kehidupan. Pabila tiada pasti dicari pabila perempuan hadir mereka disakiti. Perempuan perlu dihargai kerna mereka inspirasi sanubari ;) Ececey ^^


So, Hargailah Wanita ('',)

Tiket Couple ~

Ahlan Wasahlan, salam sejahtera untuk semua.

repost kali ini nak citer sal nikah khitbah. you all mesti pernah dengarkan. Okay, meh Cik Hanna cerita sedikit apa yang tahu..

Apa yang dimaksudkan dengan Nikah Khitbah?

Sebenarnya nikah khitbah ini dikenali sebagai nikah gantung dalam masyarakat Melayu. Dalam bahasa Arab dipanggil nikah khitbah.  Secara khususnya, nikah khitbah ialah pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah bersama pasangan dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak.

Bagaimana dengan tanggungjawab Incik Suami?

Pemberian nafkah Incik Suami kepada Puan Isteri diringankan dan dikurangkan.


Syarat Nikah Khitbah?

  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Waki dan Saksi
  • Akad Ijab dan Qabul
  • Mas kahwin yang ditetapkan
  • Hantaran ditangguhkan

Mengapa Nikah Khitbah dilakukan?

  • Incik Suami tidak mampu  menyara Puan Isteri
  • Pasangan masih belajar atau tinggal berjauhan
  • Tidak besedia untuk berkahwin menunaikan tanggunggjawab berkeluarga

BeZa Nikah Khitbah Dengan Perkahwinan sebenar ialah Tidak tinggal serumah dalam tempoh tertentu kerana ;

# Masih menuntut di kolej mahupun universiti

# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

# Belum bersedia menerima komitmen


Haa... itulah serba sedikit tentang Nikah Khitbah. Kebanyakan golongan mahasiswa yang melakukan Nikah Khitbah kerana ianya merupakan " Tiket untuk Couple ". Ye lah kan mudah siket kalu nak pergi kemana-mana ditemani Incik Suami. Nak study pun mudah buleh study sesama ^^


SeKian ('',)




Sunday, July 8, 2012

pedoman.

Ahlan Wasahlan , salam sejahtera untuk semua :)


Di sana kekal abadi. secalit bingkisan untuk kalian.


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."


Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."


Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-


1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-


1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. 
Al-Fatihah.
 
  Penulis bukanlah ustazah yang pandai berkata-kata tentang agama. penulis sekadar manusia biasa yang punya kesilapan dan kelemahan. JanjiNya pasti tidak kurang walau sedetik. ^^

Saturday, July 7, 2012

result.

Ahlan wasahlan, salam untuk semua.


result dah keluar ?? yer sayang result upsi dah keluar. result saya?? ramai kawan-kawan dah mula tanya. ada yang post di FB. ramai yang dapat dekan. tahniah semua yer AT05 Batch 2011/2012  ^_^


tahniah! cikgu Fatila Nawi ^^
 

tahniah! cikgu Hamizah Jalal ;)




result saya? kecewa sebenarnya tak dapat tunaikan hasrat terakhir ayahanda. saya punyer result tak gempak pun. biasa-biasa jer. jatuh. target lain dapat lain. bukan tak besyukur. bersyukur. masih kecewa.


saya terima ketentuannya. mungkin Dia mahukan saya lebih berusaha lagi.


 terima kasih mendoakan saya ^^ 


Dipetik daripada Incik Ekonomi:

inspirasi saya cukup mudah..semudah hujan menjadi awan, pasir menjadi debu dan umpama mata yang berkelip-kelip setiap hari..tiada jalan mudah untuk berjaya, tetapi jadikan kesukaran itu sebagai satu jalan untuk berjaya..


AWESOME!

tQ for your support.!



Friday, July 6, 2012

Dua bulan.

Ahlan wasahlan  salam sejahtera.


Yer..dua bulan cuti semester. agak lama. suka bila berada di rumah terCinTa! riang tak terkata ^^  pagi khamis ada pasar tani kat pekan jerteh. so ronda-ronda ngan my mum n si cilik adinda. cari barang siket nak masak tengah hari. kalau pergi pagi-pagi kat pasar tani pasti ramai makcik-makcik,pakcik-pakcik. Yang pasti tadi terjumpa ngan cikgu kaunselor sekolah. Oh yeaa dapat undangan untuk pergi ke sekolah untuk "handle program". That great!


Two month ago. at pasar tani.
kalau balik pasti saya pergi dengan dia. kadang-kadang dia beli kuih untuk anaknya. miss this moment. oh! sy redha. patah seribu. mengenangkan. terasa masih ada. janjiNya pasti. tidak terkurang walau sedetik. pejam celik dah dua bulan dia pergi. kejap je. mak yang menyedarkanku dua bulan. isteri mana yang tak terasa kehilangan sedangkan anak-anak turut merasainya. mungkin mak lebih merasainya. my mum still in my heart. sayang sepenuh hati untuk Mak! selama 21 tahun si anak hidup bersamanya. si isteri selama 22 tahun mengenalinya. tak salah jika katakan ianya [S.E.J.A.R.A.H ] ! tinggal kenangan. itulah yang pasti.


Yup..dua bulan.
Cuti semester. tamat pengajian di tahun pertama. september masuk tahun dua. bergelar senior. result tak keluar lagi. redha + pasrah + sesudah usaha + tawakal = harapan Flying kaLer ~ HaHa. =.=


patah seribu. mengenangkan.



Wednesday, July 4, 2012

hai-hai ;)

Ahlan Wasahlan


Hey hey untuk Dia..untuk Dia......!!

untuk awak..

juz for u..


 ada sesuatu yang engkau belum tahu
itu Dia ^^

;)

[ T_T ]

Ahlan Wasahlan..


Feeling Not Available

that True!

Im Failed!

Dengan perasaan sebak keluar

pergi membawa niat seorang ibu

menghabiskan masa 

Forgive me.

mengharapkan kenyataan yang terpapar

seperti

TAHNIAH ANDA LULUS!

keluar je terukir

^______________________^

Gagal amat memeritkan
Sakit yang amat parah
dOktor pun takde Ubat
uwaaaaaaaaaaaaaaa
Permudahkanlah urusanku 
Ya Rabb..
selesaikanlah urusan ku 
sebelum september tiba.
:(


Nak cepat jadi lambat. Maaf! |T_t |



Singging a Song ^^

Ahlan Wasahlan..
  
hey guys ! Senyum sikit :) Nak citer cintun skit.. Kali nie nak citer sal kat atas tuuee .. Ngehhhh 

Gegulr suka bila boboy tujukan lagu buat gegurl kan.. like such R.O.M.A.N.T.I.K song.. auuwww sweet sangat.. Lagi sweet bila boboy sendiri nyanyi untuk gegurl.. Pakai gitar ada lilin lagi.. and then * kupetik gitar ku ini.. Omantik oww.. Compem ! gegurl cair.. nak-nak nyanyi lagu slow-slow cam Kau Ilhamku .. tue lagu dulu-dulu.. tapi sekarang mungkin lagu Love You Like A Song.. best gak bila dengar lagu nie versi Tasha Manshahar ngan Syed Shamin.. very nice. Penulis suke ^^


Kebiasaannya inrelationship seringkali post lagu bagi kat pasangan.. Ramai kawan penulis buat macam nie.. dah jadi kebiasaan kan.. lagi bagus jika berbeda dengan pasangan lain.. Lagi best jika boboy bawak gegurl candle light dinner and suprise kan gegurl. Lagi gegurl suka. Gegurl suka kan
SUPRISE !!  
bukan senyum dah sengih panjang ^________________^ lepas nyanyi boboy buleyy bagikan gegurl bunga. ikut pada kesukaan gegurl sendiri. Candle light dinner di kawasan luas yang bleh tengok bintang.. and then kalau nampak bintang berkelip buat permintaan  citer Kuch-Kuch Hota Hey...
 * Jangan Amalkan Percayaan Karut.! Selain bunga suprise kan bear ke okay gk :)







Monday, July 2, 2012

sepet ==

Ahlan Wasahlan..

Julai dah tiba that means RAMADHAN bakal menjelma. Dua minggu lagi Syaaban melabuhkan tirainya. Yup...! dah tak lama pun.  Alhamdullilah..puasa di kampung tercinta. Dua bulan lebih bercuti di kampung. Satu nikmat yang dirasai. Belum bersedia menceritakan apa yang terbuku di hati. Sekian.!


Euro?? Pun dah TAMAT semalam. Agak KUCIWA bila pasukan yang kita sokong hanya Naib Juara.Incik Ekonomi yang kejutkan. Jam 12 am harus pejamkan mata dan Incik kejutkan. ngeehhhh ;)  Who Mr. Economy?? Akan distorykan kelak :P  Akibat Euro tak cukup tido. Bawah mata bengkak. Mata pedih2. Sepet. Macam2. Xpe dah Qada tidur selepas zohor tadi. heeeeeeeeee ^^  



Hampir three week at home. auuuuuwww !! amat menyeronokkan. Seriously sukeeee! Sengih sampai telinga. Bila dikelilingi Bunda tercinta dengan adinda2 tercinta nie. Tapi agak lain sedikit pulang kampung cuti ini. Not cuti nie But FOREVER. harus senyum ^_______^  dan noktah.



 
tak memerlukan 90minit untuk menjadi hebat
itulah FeRnAnDo ToRReS !! ^^