Thursday, March 28, 2013

Usah Bermusuhan | Hadis Qudsi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 


 
Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Abu Hurairah memberitahu bahawa Nabi s.a.w sentiasa berpuasa pada hari ISNIN dan KHAMIS. Kemudian, ada orang bertanya, " Wahai rasulullah (apakah alasan) tuan selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis ? "


Baginda menjawab, yang bermaksud, " sesungguhnya Allah MENGAMPUNKAN dosa Muslim pada hari isnin dan khamis kecuali orang yang tidak mahu bertegur sapa (bermusuhan). Allah berkata kepada para malaikat yang bermaksud " Tinggalkan kedua-duanya hingga mereka berdamai "


- Riwayat Ibnu Majah-


Hari ini hamba berkongsi sedikit hadis. Semoga ianya memberi seribu manfaat kepada semua. 


Terima kasih, Jumpa lagi ;)

Saturday, March 16, 2013

Sungguh, Aku R.I.N.D.U .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Fuhh..Fuhhhhh..!! Tiup habuk siket dah jarang-jarang hupdate blog kan. Rindu weyy dekat blog nie. Malam nie nak cakap pasal rindu. Bukan ape tadi duk online FB tertengok Incik Ekonomi update status. Etceli dah lama tak contact dia. Kecikhati.  Atas sebab tertentu. Sihat kah dia? Harap sihat lah yer :) Saya kuat kan hati saya untuk tidak menghubungi awk.  Biar hati yang tahu. Mungkin awak lebih tahu. Malas nak ungkit benda yang dah lepas.! Kadang-kadang teringat juga dengan dia. Mana tak ingatnya kenal masa sekolah dulu. walaupun kita sekolah lain. Boleh tukar2 pendapat kan. Suka dengan wataknya yang "gile-gile". Kata dia nak datang Hari Terbuka Kolej Za'ba (Kolej aku) nak joint event yang dia suka. Datang la. Dulu pun dia pernah datang. Tak asing baginya kawan2 dia pun ramai kt sini. Tutup cerita pasal IE.

Of kos lah, rindu nak balik kampung. Allah je tahu perasaan nie. Tadi adik dah mesej cakap result dh nak keluar. Risau katanya. Doa lah moga Dia memberi apa yang kamu ingini. Yakin dengan apa yang kamu usahakan. Jika dapat apa yang bukan kamu ingini pasrahlah. Allah ingin mendugamu. Aku sebagai kakak ada disisimu. Jangan risau. Rezeki ada dimana-mana. :) Rindu adik-adik. Bagi aku tak ada yang membuat aku tenang melaikan berada di kampung. Seumpama lari dari bebanan tugasan. Even menaip dalam blog tidak merasakan suasana tidur di rumah bersama mak dan adik serta keluarga di kampung sana. Sungguh Aku R.I.N.D.U :(