Sunday, December 30, 2012

Doakan Aku.

Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Dan Penyayang..


Esok 31.12.2012, aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Tidak ada apa yang aku ingin bicarakan. Cukupulah kamu-kamu  mendoakan aku yang bakal menhadapi peperisaan yang bakal bermula esok hari sehingga pertengahan Januari tahun hadapan. Doakan aku semua :)


Untuk rakan seperjuangan..

# mohon maaf andai tersilap bicara tersalah kata. semoga kita semua dapat menempuh peperiksaan dengan baik dan diberkatinya. Semoga apa yang kita baca dan menelaah dapat dijawab dengan baik.


Untuk emak..

#Mak, esok anak emak nak exam. Mak buatkan solat hajat untuk anakmu ini. Dari jauh ku pohon doa seorang ibu. Ku tahu doamu diberkati. :(


Untuk Arwah Ayah..

# Ayah, esok jua anakmu menjalani peperiksaan. Kalau dulu aku selalu call ayah untuk minta restumu dan akan ayah jawab akan buat solat hajat untukku. Tapi aku tahu doamu mengiringiku walau kita berlainan alam. Alfatihah. Doakan saya ayah. Sebak bila mengenangkan ayah.


Untuk Pak Cik dan Mak Cik di kampung..

# Doakan anak saudaramu ini. InsyaAllah bakal pulang selepas peperiksaan selesai.


Untuk rakan-rakan yang mengenaliku..

# Aku tak pinta duit mahupun selonggok harta. Tak ada niat untuk menyusahkan kamu. Kupinta sekudus doa untuk agar dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan sempurna.


Ya Allah..
Permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku
dalam menjalani peperiksaan yang bakal kami jalani
pada esok hari sehingga tamatnya ujian..

Permudahkanlah Ya Allah..
Ingatkanlah apa yang kami bacai agar mudah kami jawab dengan sempurna
agar kami diberikan keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha kami.


Amin..







Saturday, December 22, 2012

Alhamdullilah :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


s.e.n.y.u.m

Alhamdullilah..

Tamat sudah semester tiga semalam. Sekarang merupakan minggu "study week" dunia kampus. Selesai sudah segala bagai "assigement". Carry mark pula ada yang sudah tahu dan tidak. kebiasaanya minggu ulangkaji nie tak study sangat pun . ada yang duk layan korean movie. macam-macam lah. Ape orang cakap tak sampai seru nak study lagi. Ingat kawen ke sampai seru-seru nie. Hehehe. Minggu ulangkaji juga ada student yang balik. sebabnya rindu kat kampung kan. Tak pun nak mintak restu  mak ayah, kan nak exam. Biasalah kalau duk kolej pun bukan full study. Atlease, study 5 minit facebook 15 minit. itulah penangan zaman teknologi. Ye dak?? Ape-ape pon gud luck to all student for final exam. Ingat dekan-dekan ye semua. InsyaAllah.


Alhamdullilah..

Tadi duk godek-godek facebook, ternampak gambar senior sekolah dulu kawen hari ini. Selamat Pengatin Baru kak Syida. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Sory tak dapat pegi. Sebabnye taksempat nak balik kampung. Pape pun Tahniah! Selamat menempuh dunia berumahtangga. Cantik sangat akak. :) 







Alhamdullilah..Yang baik datang daripada Allah. Allah perancang yang terbaik untuk semua. 



s.e.n.y.u.m

senyum itu tanda bahagia juga ;)

Monday, December 17, 2012

Allah Selamatkan Kamu ^^

Today is  17 december 2012

Happy Birthday Fatyla




She is my coursemate, my jiranmate, my friend yang gile2 satu kepala dengan saya. Hari nie birthday die.
MokCik happy birthday dehhh.. Hahaha ^^


semoga panjang umur :)


Wednesday, December 12, 2012

bila nak kahwin ??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sekarang dah minggu 13 dalam kalendar minggu kuliah kehidupan kampus. Hari ini macam-macam berlaku. Takpe dah biasa kan. Orang cakap dah adab lah kalau sedih kalau gembira satu bonus kan. Sejak akhir nie kan diri aku dikelilingi berita kahwin berita tunang. Fuhhhhhhh..tipu lah kalau tak teruja kan. Bukan teruja jer..OfkOs lah gatal nak jugak kannnnnnnnnnnnnnn..Haha (gelakgatal).! Bagi aku itu normal sebagai manusia. Tapi kalau dah Dia yang catat esok jodoh kamu kahwin lerrrrrrr. Amin. Mohon diberkati. :)



Kenapa Lambat?

Kerana Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukku


Dah Berpunya?

Ya, Sudah Kerana Setiap Orang Ditetapkan Jodoh Masing-Masing


Dengan Siapa?

Nanti Allah Akan Perkenalkan Kepadaku dan Mu


Bila Berlansungnya?

Bila Kami Dah Bersedia Dipertemukan Dan JemputlaH Ke Walimatul Urusku Nanti. 




(^^,)(^^,)





 usah ditanya kapan seseorang itu bakal dikahwinkan
bukan kamu yang mencipta untuknya      

Sekian.

Friday, December 7, 2012

we are together..

Salam for all :)


Hari nie lepas kelas BIU agak hampa kerana roleplay yang kami persembahkan lain dari yang kami rancangkan. Agak terkilan juga. Entah kenapa mungkin berdebar. Yelah speaking BI kot..bukan selalu speaking pun. Nak-nak budak BM macam kumpulan kami. Rasa tak puas hati tetap ada. Benda dah buat nak kenang-kenang pun takde guna jugak. Doa jelah harap carrymark okey. Boleh dikatakan kecewa jugak, aku dengan kawan-kawan pergi photoshoot (photosoot lah sangat kan) untuk hilangkan rasa kecewa tue. (konon nak hilangkan tension). Jadi apa lagi, bergambar lah kami semua. Bukan apa nak ciptakan memori di UPSI sebanyak mungkin.! ;)

reading :)



WE gonna be A great TEACHER. Pray for me and frienDs ^^


saa|synichy |tyla|mizah|hanna



:)


(",)

daa...tQ. Mohon permisi. !













Saturday, December 1, 2012

Tamat sudah.

Assalamualaikum dan Heloo semua ..


Sebenarnya sudah lama tidak menjengah ke blog penulisan tercinta. Petang ini baru terasa ada sedikit masa. Semester tiga belum tamat lagi. Hanya beberapa minggu lagi masih berbaki. Tugasan disaat-saat terakhir masih lagi belum siap. Hari ini juga merupakan hari terakhir kelas unit beruniform iaitu kelas Pandu Puteri Siswi II. Dua semester berturut-turut menyertai unit. Setiap hari sabtu pasti ada kelasnya. Kadang-kadang memang tidak ada rehat langsung. Penat sangat-sangat. Tapi hari ini terasa bahagia setelah berjaya menamatkan kelas ini. Orang puteh cakap AWESOME! :) Hehehe...

Aktiviti kemuncak dalam unit beruniform ini ialah perkhemahan. Jadi, Pandu Puteri yang disertai ini telah diadakan perkhemahannya di SK SINARAN BUDI yang merupakan sekolah tenaga pengajar. Terasa sangat teruja apabila dapt pergi berkhemah. Namun berkhemah di dalam bilik darjah sebab hujan.  Lagi sangat TERUJA kan. Perkhemahan ini merupakan perkara kemuncak dalam unit beruniform. Dan aku serta rakan yang lain berhempas pulas bagun awal untuk ke kelas pandu setiap hari SABTU. Orang lain sedap tidur pagi-pagi, kami bangun awal pagi untuk ke kelas. Suka sangat-sangat. Huhhh !! Tapi tidak mengapa kerana kelas pandu puteri sudah habis. Semester depan sibuk dengan kelab dan sukan pula. Semester depan dengan kelas pentaksirannya, kelas sintaksisnya, kelas sasteranya. Aduhhh...!! nama pun dah pelajar kan. Ku gagahi jua. Jom layan "picture" "camping" !!

kami tengah membuat gajet (tripod)



khemah siap didirikan

Perkhemahan ini diadakan dua hari satu malam. Istiadat perlantikan diadakan pada jam 4 petang. Istiadat tersebut dihadiri oleh Puan Tek. Kami diwajibkan berkebaya sebagai uniform lengkap. Tidak pernah selama ini memakai baju kebaya keranamu Pandu Puteri aku memakainya. Kami bertolak jam 8pagi lagi dan semua berkumpul di Bitara Siswa menunggu bas. Sk Sinaran Budi letaknya di Rawang. Hampir satu jam dari Tanjung Malim. Dekat sahaja. Istiadat diadakan seorang demi seorang. Semua ahli pandu puteri wajib mengingati Pra persetiaan pandu puteri. Ayuh layan "picture" lagi... (",)  

sah dilantik :)

Kami cikgu pandu puteri

Aktiviti pula tidaklah begitu berat. Okay-okay sahaja. Kami diajarkan melihat kompas dan selepas itu aktiviti "explorace" diadakan bersama abang-abang kelana. Malam pula, sudah mesti malam kebudayaan diadakan. Tidak ada umpama tidak lengkap perkhemahan kami. Setiap kumpulan harus membuat persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan muzikal dibantu oleh abang-abang kelana. Sangat seronok. Boleh nyanyi-nyanyi bersama. Hilang semua bebanan rasanya. Aktiviti habis pada jam 12 malam. Keesokannya, ahli pandu puteri menyiapkan mural di kantin sekolah. Kami berkemas pulang jam tiga petang bas tiba. Kami pulang dengan penatnya. Terima Kasih Pakcik bas kerana menghantar kami sampai ke destinasi kolej masing-masing. Untuk tenaga pengajar, Cikgu Laily yang sangat sporting, dua semester berturut-turut mengajar kami. Cikgu sangat baikkkkkkkkkkkkkk !! Terima Kasih Cikgu :)



Bersama Cikgu Laily ^^ siap buat peace lagi kan :P

checkpoint last explorace terpaksa menari jambatan goyang-goyang. suka sangat.
aktiviti kompas





Buat anda yang ingin mendaftar kursus pandu puteri siswi terutama student UPSI, usah takut best sangat pandu puteri. Ilex-ilex jer pandu puteri nie. Jom r jOinnnn..Bessssssstttttttt.........!! ^^ Yang penting ilmu yang kita dapat. ilmu dapat pengalaman lagilah dapattt.





sekian..tQ ('',)

Monday, November 26, 2012

Sejenak bersama ^____^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Say hello to all :)


Ingat-ingat itu " remember "
jangan lupa itu " dont forget "
saya sayang itu " i love you "
hanya engakau " only you " 

Here we are, here we again..
hello..hello..hello..hello..hello..




 

Tuesday, November 6, 2012

minggu ke lapan kuliah.

Bismillah..

Minggu ini minggu yang tertekan. Kenapa ?? Kerana minggu pembentangan kerja, minggu hantar tugasan baik tugasan individu mahupun kumpulan. Separuh sudah sudap. Separuh belum. Sakit kepala mula terasa. Antara tanggungjawab dan kerjaya. Susah-susah pun akan siap juga. Tak tidur malam dah biasa. Rutin harian pelajar universiti. Berdenyut-denyut kepala memikirkan kesudahan tugasan. Nak garapnya hanya empat muka surat. Nak kaitkan dengan teori bukan mudah. dengar empat muka surat sikit je. goyang kaki siap. Habis kualiti mane nye.! Dammmmmmmm !! Tak suka dengan teori. Tolonglahh. sedih sangat rasanya. Ilmu tak cukup nak siapkan empat muka surat. Media Oh Media! 

tak pernah ku ragui 
tak pernah ku hindari
dihimpit bayangan gurauan
di dalam jaga ku termimpi-mimpi..

Cepatlah masa berlalu. Kadang-kadang dah terbiasa takde perasaan dah nak sudahkan tugasan nie. Senyum je lah dalam duka pun. Tak perlu merungut kerna ianya satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan. 

Ini yang terbaik.
Ayuh sama-sama baca.



Monday, October 22, 2012

Kisah Malam Jumaat.

Salam pembuka bicara..
 

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. 

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. 

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. 

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. 

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. 

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. 

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. 

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." 

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. 

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : 

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. 

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." 

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).


 


Al- Fatihah buat ayahanda dan kaum muslimin dan muslimat.

Sunday, October 21, 2012

maaf buat emak.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Pada saat dan ketika ini, aku merasakan ingin melepaskan tanggungjawab aku di bumi Tanjung Malim. Demi menemani ibu yang keresahan di kampung. Terasa mahu terbang pulang ke sana menggantikan tempat arwah ayah. Sungguh berat seorang ibu menggalas tanggungjawab seorang diri membesarkan anak-anaknya. Aku di kejauhan hanya dapat menangisi keperitan ibu. Hanya itu yang aku mampu. Sungguh berat dugaan yang diberikan. Benar kata orang, kehilangan seseorang memberi seribu makna yang tersirat.

Adik, hanya pesanan yang aku mampu berikan padamu. Ubahlah perilakumu demi emak. Tolong, jangan buatkan emak sakit hati kerana kamu. Tolong. Tolong. Tolong. Mak, dah banyak korban masanya buat kita. Mungkin kau belum mengerti apa yang aku kata kan ini Ye, kau masih kecil. Masih keanak-anakan. Mak, yang aku tahu, dia tak akan dan tak akan pernah menangis di depan anak-anaknya. Walaupun ayah meninggalkan. Sakit yang dia tanggung tak minta belas kasihan orang. Hanya dia yang menanggungnya. Kau tidak mengerti. Aku di sini tak mampu berkata-kata hanya menahan sebak di talian pabila mendengar keluhan seorang emak.

Mak, mohon ampun atas segala kesilapan. Pohon anak-anak emak yang lain mengerti perasaan seorang emak. Alangkah indah kalau aku dapat melepaskan segala tanggungjawabku demi melayan kerenahmu adik. Aku tersepit di antara dua. Disana yang aku perlukan buat selamanya. Hanya doa jua yang dapat aku panjatkan. Seandainya dapat aku bersama emak saat ini, ku ingin peluk erat ibuku. Tapi semua itu mustahil aku lakukan. Aku hanyalah perantau ilmu di bumi muaalim demi menyampai amanat arwah ayah.


mampukah aku??
 

.

Friday, October 12, 2012

saya sedih.

Cukup memberi makna tajuk di atas kerana ianya mempunyai subjek dan predikat. Praktikan subjek morfologi.

Saya sedih cikgu tinggalkan sekolah sebelum saya menamatkan peperiksaan. Itulah luahan hati seorang anak murid setelah cikgunya berpindah sekolah lain. Cikgu telah mengajar disekolah anak muridnya selama 10tahun. Berbaktinya seorang cikgu pada sekolah anak kampung. Berjayanya seorang pelajar ke menara gading oleh cikgu tersebut.

Pernah tak merasakan saat-saat gentir anda bakal menghadapi peperiksaan dan tiba-tiba cikgu yang anda paling sayang, cikgu yang anda paling rapat, seolah-olah macam ibu anda, tempat anda luahkan perasaan, bertukar ke sekolah lain kerana naik pangkat. Yer..alhamdulillah kerana cikgu naik pangkat. Tapi perasaan anak murid tidak sanggup kehilangan seorang guru dalam masa peperiksaan yang hampir tiba beberapa bulan sahaja. Oh! tidak. Perasaan bercampur-baur. Cukup sedih hati anak murid itu.

Cikgu faham. Cikgu pun sayangkan kamu. Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun cikgu tidak ada di sekolah kamu bukan bererti cikgu lupakan kamu. Rakan sekerja?? Cikgu sayang akan rakan-rakan cikgu juga. Seminggu sebelum cikgu berpindah ke sekolah lain, ramai pelajar cikgu membuat jamuan menghargai cikgu. Bukan itu yang cikgu minta. Makcik tukang sapu pun hadiahkan cikgu ikan kerana itu sahaja makcik mampu hadiahkan cikgu kerana mengajar anak makcik. Selama 10 tahun cikgu di sekolah itu luar bandar .   Banyak kenangan cikgu. Sedih cikgu tak tunjuk. 

Selamat menghadapi peperiksaan. Terima kasih. Cikgu sayang kamu. Buktikan kamu boleh walaupun cikgu tidak ada lagi di sekolah itu. Sayang kamu Cikgu.!



BAKAL CIKGU ^^

Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi.



Thursday, October 4, 2012

Nah...untuk kamu ! :)



Nama saya Cik Nur Farrisha Binti Aziz.



Hey sist Fary aka Farrisha.! Saya punye adik. semalam birthday kamu yer. sori lah saya dah call mak nak wish kt awak tapi saya call lewat memandangkan saya ada kuliah malam jadi kakak mu ini tidak dapat bercakap dengan kamu. Apa-apa pun selamat hari lahir.! sayang sikit ummmuahh :) tOink3 :P


paka oyak kot blog lah dehh.
kito jupo rayo aji nie dehh
InsyaAllah.

Hohoho ^^

Tuesday, October 2, 2012

suprise. !

Hello for you all...


Baiklah, still nak tajuk dalam Omputih. Huh.! Speaking Omputih pun enggak pandai. (kecelaruan bahasa terjadi). Mohon maaf cikgu cikgi BM. >,<  Cukup melalot. okeyyyyy ~

S.U.P.R.I.S.E

Penulis suka suprise. Dalam bahasa Melayu membuat kejutan. Bertambah gembira pabila orang tersayang lakukan. Terutama keluarga. Sahabat. Pakwe. Makwe. dan lain-lain lagi. Biasanya kejutan dibuat semasa  Celebrate birthday. Tak semestinya time birthday je nk buat suprise kan?? Bila-bila masa je boleh buat. Tengok pada keadaan. Kebiasaannya birthday lah. 

Pernah  penulis mendapat kejutan dari sahabat. korang mesti pernah kan. Kejutan daripada sahabat dapat mengalirkan air mata. tOuching beb. Omputih kata. Hehehe. Gelak sinis. Sahabat rancang benda tuh nak hargai kita. Nak tunjuk kan dieorang sayang kita. Nak seronok-seronok. Nak bikin kenangan dalam dunia PERSAHABATAN. Even kena baling tepung, baling telur, mandikan dengan air dan macam-macam. Percayalah..walaupun terpaksa basuh baju dengan sehabis tenaga nak hilangkan tepung,telur, still tak hilang di baju. Sama dengan kenangan tak kan hilang di fikiran kita.  Betul tak ???


SELAMAT HARI LAHIR 

OKTOBER

^__^


 [ Geng BM Upsian : Happy Birthday And Our Anyversri ]  ('',)

Sunday, September 30, 2012

berfikir sejenak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Tadi turun sekejap untuk membeli nasi bersama rakan serumah. Sudah membeli kami berjalan-jalan gerai demi gerai di sekitar Karnival Keindahan Islam yang dianjurkan oleh Kolej Za'ba (kolej penulis). Sebenarnya sudah tahu malam ini ada program forum bersama Sharifah Khasif.


Terpanggil mendengar forum tersebut bersama rakan sebilik. Walaupun tidak makan lagi. Tidak mengapa bukan selalu mendegar majlis ilmu begini. Slot khas tersebut bertajuk Mendidik Mahasiswa Mahasiswi dalam menerap al-quran. Lebih kurang begitulah tajuknya (tak ingat). Hurmm..mendengar Sharifah Khasif mengalunkan ayat suci al-quran Allah..sangat sedap suaranya. Forum tersebut banyak memberi pengajaran. Yang masih terngiang di benak fikiranku beliau menceritakan pengalamannya melihat mayat hamba Allah yang membaca al-quran. Sungguh cantik, sungguh gebu , tersenyum walaupun ianya dah lama meninggal.  Subhanallah. Saranan Sharifah Khasif bacalah Al-Quran walaupun sehelai muka surat kerna bacaan al-quraan itu yang memberi syafaat kepada hamba Allah setelah meninggal dunia. Sibuk sebagai mana sekali pun dalam membuat tugasan ambil lah waktu untuk membaca al-quran. Besar pahalanya.


Saat mendengar forum tersebut, terfikir sejenak apa amalan sepanjang diri ini dipinjamkan nyawa untuk bernafas melakukan amalan ! Andai kata pinjaman tersebut ditarik layakkah aku untuk menjadi ahli syurgaMu Ya Rabb..?? Allahuakhbar ! Terbayang wajah ayahanda yang telah pergi menemuiMu. Semoga ayahanda dirahmati selalu. Terdetik dihati kecil kekesalan yang telah dilakukan. Semoga diberi waktu untuk memperbetulkan segala kekhilafan dan mersiapkan amalan menemuiMu.

Tuesday, September 18, 2012

:: real of LIFE ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Test..test !! ahaks..hew,,hew,,hew..

Semalamkan pegi jalan-jalan kan cuti Hari Malaysia. Saje cuci mata. Tawaf Time Square je pon. Pegi ngan sape?? Pegi dengan.................?????





Pegi ts tgk wayang. terpengaruh dengan asakan tyla nak tengok citer Resident Evel. Beli tiket tingkat tiga tp terpaksa turun tingkat satu. Hadoii. Penat aihh dah lah nak kena rush masa dh xde. Cari panggung tak jumpa plak tingkat satu. Dua kali keliling tingkat satu. hmm..hmm..langsung tak penat. okey tipu.! penat beb..Naseb baik citer tak mula lagi. Hohoho.. suka aihh..Citer best..berbaloi lah beli tiket tuhh..ada zombi biasalah citer aksi kan.





~ ShOpPing!! Biasa lah Sales sampai 70% ~




hew.hew. (@_@)



(: muka penat tak jumpa cari panggung. Huhuhu :)






Okey daa. Night readers ^^

Sunday, September 16, 2012

selamat berkuliah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Dah lama kan tak update blog..bukan ape kadang-kadang line slow, kadang-kadang sibuk jadi malas nak update blog. Rupe-rupe nye dah seminggu kuliah bermula. Minggu depan masuk minggu kedua. Asgment?? Usah diceritakan biasalah kan dah namanya student. Dan seminggu juga berada di bumi Tanjung Malim. Alhamdullilah ;) Masih diberi peluang menetap di Kolej Za'ba tercinta. Hehehe ^^
Suka dengan suasana KZ nie ;)

Kuliah pun okey. Life campus kan. Semester nie dah masuk tahun dua. banyak lagi sem yang perlu redahi. Semoga dipermudahkan segalanya. Bila balik Tanjung Malim  dalam mood raya banyak jugak lah majlis hari raya UPSI jalankan. Celebrate skali dengan Merdeka. Jadinya Merdeka Raya.!!
Malam nie jugak KZ meraikan Sambutan Merdeka Raya dan Jalinan Ukhwah bersama pelajar junior. Dah ada junior rupanya erk. Belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Datang kepada Junior.!!


Selamat Berkuliah sahabat-sahabat sekalian ^^


merah itu menawan kann :P






Monday, August 27, 2012

raya-rayaan Versus 8syawal ^^

Say hello to readers..

Alhamdullilah..first post selepas raya..Outch! sibuk-sibuk *dah pandai bg alasan dahhhh hihihi ;)
Raya tahun nie taksama dah cam tahun lepas-lepas..lepas solat sunat terus ke kubur arwah ayah.
dengar takbir pun dah ase lain. biasa kalau pagi raya sibuk dengan arwah ayah, gosokkan baju rayanye untuk pegi mesjid.

second raya.

Jemput kawan2 datang umah. mse nie lah nk jmpe ngan dieorang. bila dah pegi u masing-masing sibuk. tak sempat dahh jumpe nye. best ooo...dapat jmpe ngan kawan2 mase skolah. taksempat nk amip gambar sibuk duk borak2. Hehehe...

third raya

Haa..raya ketiga nie SPECIAL sikit classmate form six KAWEN. Tahniah !! sory tak dapat nk pegi kat umah ada buat kenduri kesyukuran kazen nk masuk u. btw dah kirimkan hadiah :) Selamat pengantin Baru Nabilah, kekal bahagia ke syurga ^^

cantik sangat ;)



Raya rayaan nie ramai dah yang bertunang ada pun yang dah kawin. Tahniah, jodoh sampai awal kan.  Selamat berbahagia ^^


p/s: minggu depan bakal berangkatan. rindu ayam uncle bob :P  banyak benda lagi tak setel. Hohoho..




Sunday, August 12, 2012

Dua belas ogos bersamaan dua puluh dua ramadhan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Meniti hari-hari terakhir ramadhan. Banyak benda nak diceritakan. Last repost pun awal ramadhan. Hurmmm... tak baik mengeluh  Manusia tak sempurna. Im not perfect! dammmmmmm........hati rasa macam2. kejap ok kejap tak. Ada benda lah tue yang tak kena kann. Banyak bnda pk.

Awal ramadhan dapat new kazen. pertengahan ramadhan lagi skali dapat kazen baru. Okey dua baby.
Ayah., dah dapat dua anak saudara baru taw. Dua-dua lelaki. T_T.  Puasa kali nie pun tak sama dah macam dulu-dulu. Dah lah na sedih-sedih. Life must go on. Yup, life must go on ~ Saya tahu ambil masa untuk semua ini. Persoalan sampai kapan masa untuk diambil.??

 

Dalam tempoh berpuasa,,kadang ada umah kadang takde. Sibuk. Usah tertanye kenapa. Nak kata sedih macam tak sedih. Tapi hati berat sangat rasa. Banyak benda perlu study lagi. Cikgu hisyam ajarin! still tak puas hati nie. im forget. M.A.A.F :(  Janji lepas nie buat yang terbaik.


Rayerrr ?? 

Baju raya pun takde. So, tak boleh rayer!!

apa yang pasti raya saya tak sama macam dulu lagi.

Saya rindu ayah saya.

Sekian.












Sunday, July 29, 2012

lapan ramadhan.

Ahlan Wasahlan..


Menjengah seketika untuk berkongsi cerita. Puasa kali ini dikejutkan dengan berita bapa saudara, abang kepada emak kemalangan. khamis lalu. langgar lari. agak teruk. patah tulang bahu dan rusuk. bapa saudara mahu ke kebun selepas meninggalkan anaknya di rumah penulis untuk menjaganya. anak kecil yang berusia 4bulan dan 3tahun. Dugaan dibulan puasa. Mungkin esok menjaga anaknya dua orang tersebut. takpe lagipun penulis masih dalam mood cuti semester. " Cik, duk molek deh pita, pah2 nie sihat lh2. xd0p org doh lah nak mari dum0h pah nie, kalo cik sokmo mari "  Moga Cik cepat sembuh. Doakan.

Petang tadi, berkesempatan ke bazar ramadhan Kampung Raja bersama Aishah. Melihat suasana di situ. Membeli apa yang patut. Terkedu seketika melihat Pak Cik buta yang bermain piano mendendangkan lagu ' tegar kau menari di atas tangisan ku ' tak ingat tajuk apa. Seorang pakcik buta sanggup berusaha mencari not2 muzik lagu tersebut. Terharu. =.=





Sunday, July 22, 2012

menanti subuh.

Selamat pagi ^^

Mencapai komputer riba tatkala sesudah selesa besahur. Amat terasa. kenangan tetap dalam ingatan. T_T. Rindu saat bersama dia. okey please jangan menitis air mata 


Ayah,
hari nie dah masuk 2ramadhan
kami anak2 ayah bangun bersahur
kalau ayah ada
salu kejutkan kiteorang
pasti kedegaran 
suara ayah.

Ramadhan lepas ayah salu 
ajak anak ayah ke bazar
sekarang tiada lagi
terasa bila ayah dah pergi
tinggalkan seorangISTERI
bersama lima mahar 
cinta ayah buat isteri.
tenanglah di Sana.

Sayang Ayah, Rindu Ayah,
AL-FATIHAH.

T_T

Thursday, July 19, 2012

untuk semua ;)

Ahlan Wasahlan, Salam sejahtera.


Halo readers semoga sihat hendaknya. Hanya nak bagitahu hari sabtu  dah mula puasa. Alhamdulillah dapat bertemu lagi pada bulan istimewa yang penuh barakah.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Marhaban Ya Ramadhan..


Selamat Berpuasa buat sahabat-sahabat. Rebutlah barakah daripada-Nya.



Dulu bertujuh,
Sekarang berenam,
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
;)
 

Tuesday, July 17, 2012

# petang semalam #

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ;)


Minggu lepas, my friend request mitak tolong buat kek oren. Haisyy mana lah cheq geti nak buat. Dia suruh saya belajar buat..i nak buat kek coklat dia taknak. Katanye nak ubah selera kononnya. So, memandangkan duk umah takde menda nak buat godek-godek resepi dengan Incik Google. Petang semalam belajar lah buat kek oren. Agak menjadi jugak lah. Hehe ^^  Etcelinya taksuka kek oren. Kek coklat better lObih SOdaP yer Irsyad. Eh! termentiOn nama lah pulaks. Sori yer brO. Peace siket. Haha.


im baking cake orange.   

Pertama kali buat kek oren nie. Lain kali akan ada penambaikannya. Bukan susah pun nak buat kek oren ini. Antara malas dan rajin jer. Nak express beli kat kedai. Huhuhu. Resepinya cukup mudah.

1biji limau sunkist
1cawan minyak masak
2cawan gula halus
3biji telur
2cawan gandum
1sb baking powder

Cara membuatnya:

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. Bakar pd suhu 170C selama 4min hingga 1 jam atau hingga masak. Kalau taknak bakar kukus pun bOleh. Mudah kan?? Dah siap sejukkan. Dan bagi dia makan. =)



Bukan Si Dia yang request. Haha.

P/s: Buat yang request cake orange, Awal bulan9 nak balik kan, nak rase cake orange yer..   Buless! 

          # see you Incik Ekonomi #  tue pun kalau balik lahh :)


Selamat mencuba Kek Oren ^^







Friday, July 13, 2012

Istimewa golongan Hawa ('',)

Salam untuk Readers ^^

 Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda :

" Mana-mana perempuan yang berdiri atas dua kakinya membakar roti bagi suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api itu, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api Neraka. Dan mana-mana perempuan yang menunggu suaminya pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya, disediakan makan minumnya, direnungkannya muka suaminya, memegang tangan suaminya, memperelokkan jamuan kepadanya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya pada suaminya untuk mencari keredhaaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap kalimah ucapannya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat Allah kurniakan padanya "nur" sehingga tercengang-cengang perempuan-perempuan Mukmin seluruhnya atas kurniaan keramat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi." (Riwayat Abu Hurairah)


Hati perempuan umpama kaca kilauannya mempersona, cantiknya memukau jiwa sinarannya menambat rasa Namun.. rapuhnya tidak diduga sekali retak, beribu rekahnya sekali terhempas, luluhlah jiwanya.  



Tak salah kalau penulis menyatakan " perempuan amat berharga dalam kehidupan. Pabila tiada pasti dicari pabila perempuan hadir mereka disakiti. Perempuan perlu dihargai kerna mereka inspirasi sanubari ;) Ececey ^^


So, Hargailah Wanita ('',)

Tiket Couple ~

Ahlan Wasahlan, salam sejahtera untuk semua.

repost kali ini nak citer sal nikah khitbah. you all mesti pernah dengarkan. Okay, meh Cik Hanna cerita sedikit apa yang tahu..

Apa yang dimaksudkan dengan Nikah Khitbah?

Sebenarnya nikah khitbah ini dikenali sebagai nikah gantung dalam masyarakat Melayu. Dalam bahasa Arab dipanggil nikah khitbah.  Secara khususnya, nikah khitbah ialah pernikahan yang melibatkan pasangan pengantin yang tidak tinggal serumah bersama pasangan dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak.

Bagaimana dengan tanggungjawab Incik Suami?

Pemberian nafkah Incik Suami kepada Puan Isteri diringankan dan dikurangkan.


Syarat Nikah Khitbah?

  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Waki dan Saksi
  • Akad Ijab dan Qabul
  • Mas kahwin yang ditetapkan
  • Hantaran ditangguhkan

Mengapa Nikah Khitbah dilakukan?

  • Incik Suami tidak mampu  menyara Puan Isteri
  • Pasangan masih belajar atau tinggal berjauhan
  • Tidak besedia untuk berkahwin menunaikan tanggunggjawab berkeluarga

BeZa Nikah Khitbah Dengan Perkahwinan sebenar ialah Tidak tinggal serumah dalam tempoh tertentu kerana ;

# Masih menuntut di kolej mahupun universiti

# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

# Belum bersedia menerima komitmen


Haa... itulah serba sedikit tentang Nikah Khitbah. Kebanyakan golongan mahasiswa yang melakukan Nikah Khitbah kerana ianya merupakan " Tiket untuk Couple ". Ye lah kan mudah siket kalu nak pergi kemana-mana ditemani Incik Suami. Nak study pun mudah buleh study sesama ^^


SeKian ('',)




Sunday, July 8, 2012

pedoman.

Ahlan Wasahlan , salam sejahtera untuk semua :)


Di sana kekal abadi. secalit bingkisan untuk kalian.


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."


Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."


Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-


1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-


1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. 
Al-Fatihah.
 
  Penulis bukanlah ustazah yang pandai berkata-kata tentang agama. penulis sekadar manusia biasa yang punya kesilapan dan kelemahan. JanjiNya pasti tidak kurang walau sedetik. ^^

Saturday, July 7, 2012

result.

Ahlan wasahlan, salam untuk semua.


result dah keluar ?? yer sayang result upsi dah keluar. result saya?? ramai kawan-kawan dah mula tanya. ada yang post di FB. ramai yang dapat dekan. tahniah semua yer AT05 Batch 2011/2012  ^_^


tahniah! cikgu Fatila Nawi ^^
 

tahniah! cikgu Hamizah Jalal ;)




result saya? kecewa sebenarnya tak dapat tunaikan hasrat terakhir ayahanda. saya punyer result tak gempak pun. biasa-biasa jer. jatuh. target lain dapat lain. bukan tak besyukur. bersyukur. masih kecewa.


saya terima ketentuannya. mungkin Dia mahukan saya lebih berusaha lagi.


 terima kasih mendoakan saya ^^ 


Dipetik daripada Incik Ekonomi:

inspirasi saya cukup mudah..semudah hujan menjadi awan, pasir menjadi debu dan umpama mata yang berkelip-kelip setiap hari..tiada jalan mudah untuk berjaya, tetapi jadikan kesukaran itu sebagai satu jalan untuk berjaya..


AWESOME!

tQ for your support.!



Friday, July 6, 2012

Dua bulan.

Ahlan wasahlan  salam sejahtera.


Yer..dua bulan cuti semester. agak lama. suka bila berada di rumah terCinTa! riang tak terkata ^^  pagi khamis ada pasar tani kat pekan jerteh. so ronda-ronda ngan my mum n si cilik adinda. cari barang siket nak masak tengah hari. kalau pergi pagi-pagi kat pasar tani pasti ramai makcik-makcik,pakcik-pakcik. Yang pasti tadi terjumpa ngan cikgu kaunselor sekolah. Oh yeaa dapat undangan untuk pergi ke sekolah untuk "handle program". That great!


Two month ago. at pasar tani.
kalau balik pasti saya pergi dengan dia. kadang-kadang dia beli kuih untuk anaknya. miss this moment. oh! sy redha. patah seribu. mengenangkan. terasa masih ada. janjiNya pasti. tidak terkurang walau sedetik. pejam celik dah dua bulan dia pergi. kejap je. mak yang menyedarkanku dua bulan. isteri mana yang tak terasa kehilangan sedangkan anak-anak turut merasainya. mungkin mak lebih merasainya. my mum still in my heart. sayang sepenuh hati untuk Mak! selama 21 tahun si anak hidup bersamanya. si isteri selama 22 tahun mengenalinya. tak salah jika katakan ianya [S.E.J.A.R.A.H ] ! tinggal kenangan. itulah yang pasti.


Yup..dua bulan.
Cuti semester. tamat pengajian di tahun pertama. september masuk tahun dua. bergelar senior. result tak keluar lagi. redha + pasrah + sesudah usaha + tawakal = harapan Flying kaLer ~ HaHa. =.=


patah seribu. mengenangkan.



Wednesday, July 4, 2012

hai-hai ;)

Ahlan Wasahlan


Hey hey untuk Dia..untuk Dia......!!

untuk awak..

juz for u..


 ada sesuatu yang engkau belum tahu
itu Dia ^^

;)

[ T_T ]

Ahlan Wasahlan..


Feeling Not Available

that True!

Im Failed!

Dengan perasaan sebak keluar

pergi membawa niat seorang ibu

menghabiskan masa 

Forgive me.

mengharapkan kenyataan yang terpapar

seperti

TAHNIAH ANDA LULUS!

keluar je terukir

^______________________^

Gagal amat memeritkan
Sakit yang amat parah
dOktor pun takde Ubat
uwaaaaaaaaaaaaaaa
Permudahkanlah urusanku 
Ya Rabb..
selesaikanlah urusan ku 
sebelum september tiba.
:(


Nak cepat jadi lambat. Maaf! |T_t |