Wednesday, February 27, 2013

Minggu kedua

Bismillah..

Minggu nie dah masuk minggu kedua kuliah. Hari Jumaat nie dah masuk bulan Mac kalendar 2013. Bermakna ada TIGA bulan lagi perkuliahan untuk semester ini. Tugasan ? Usah cakap lah tentulah tak mula lagi. Dengan forum nya dengan pembentangannya. Okey, semester nie 19jam kredit pengajian. Kira okeylah tue. Semester nie aku membawa diri keseorangan. Terasa sedih juga. Tapi aku ambil keputusan untuk tidak menukarkan kumpulan subjek yang aku ambil kerana malas untuk berurusan dengan pihak canselori. Bukan apa tukar kumpulan atas alasan nak satu geng dengan rakan yang paling rapat lebih mudah nak komunikasi nak borak-borak, yang paling penting nak buat TUGASAN.  Setakat ini kumpulan tugasan aku, alhamdulillah rakan satu kos dengan aku lagi. Tapi kita orang tidak rapat sangat. Tak ape lah, aku ingin mengajar diri aku untuk sesuaikan diri dengan orang lain. Kalau kita pergi jauh terutamanya macam aku, bakal guru akan ditempatkan kemana sahaja tempat yang bakal mengajar berkeseorangan sekalipun harus terima dengan hati terbuka. Yer, memang mula-mula sedih nak biasakan dengan tempat baru, orang baru yang kita tidak kenal tidak rapat tapi itulah sebenar hakikat KEHIDUPAN.



Benda yang paling sukar untuk kita buat ialah sesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang baru. Yup, itu yang aku alami sekarang. Bergaduh dengan emosi yang membuak-buak untuk terima keadaan. Sebenarnya perbuatan kita buat adalah berdasarkan apa yang kita fikirkan. Fikir positif jawapannya PASTI postif. Akan aku CUBA untuk bertahan dalam masa tiga bulan nie dalam menyiapkan tugasan dan yang penting buat yang terbaik dalam final SEMESTER ini. InsyaAllah.



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Wednesday, February 20, 2013

Hidup di teruskan lagi,,

Bismillah..

Dah lama tak update blogkan. Lama sepi bukan apa line takde. Hari isnin lepas dah masuk semester baru. Alhamdullilah selamat tiba di bumi mualim. result pun okay. Syukur. Semester nie banyak sangat dah berubah. Mula datang kolej pun rasa sedih sangat. Dah terpisah dengan housmate lama. Aku tercampak ke rumah baru. Dah lah budak BM aku je dalam umah nie. Hurmmmm..semua senior2 kat umah nie. Umah yang dulu geng suksis yang tinggal. Rumet baru orang sabah. Die budak sains sukan. Malam2 pegi training. Hujung minggu  memang takde kat umah die wakil upsi pegi tanding. duk sorg2 dlm bilik. Mula2 macam tak selesa lah sebab jadi orang baru kan dalam umah baru. Ambil masa nk sesuaikan diri.

Pasal semester nie banyak sangat beza dengan yang lepas. Geng2 kami dah berpecah banyak yang tak sama kelas. Kadang aku p kelas pun sorang2 jer. Takpe lah dah biasa dengan dunia kampus nie. Jadual pulak pihak akademik yang susun. Memang tak best langsung jadual aku sem nie. Pagi kelas lepas2 petang pulak. Tengah hari langsung takde kelas. Tak best kan. hurmmm...redha je lah. Ingatkan nak tukar tapi tak boleh sebab clash. Bagi aku, sistem yang lepas lebih baik. Awal sem dah dapat esemen. Biasa lah2. tak kesah sangat dah pasal esemen yang penting buat dan hantar.

Kadang2 rasa macam sedih sangat bila dah jauh dengan kawan2 lama nie. Kadang terfikir jugak nk tinggal kan kolej nie tapi tadi borak dengan senior cakap kat die nk tinggal kat luar dia tak bagi. Huhuhu.. Nantilah fikir balik..banyak kelebihan tinggal kt kolej nie. Selagi kolej perlukan aku tinggal di kolej nie. :)
Semester nie dan akan datang semua susah2. Biasalah adab belajar kan. Mak pun ada cakap yang manusia pun hidup ada susah ada senang. Anggap lah senang tue sebagai bonus dalam hidup. Okey lah..jumpa di lain ketika pula.


Pesanan..

# Housamate lama belajar elok2 
#Coursemate takde jodoh nk jumpe sem nie InsyaAllah sem depan berjodoh lah kita
# Semoga sem nie result lagi okey :)