Monday, October 22, 2012

Kisah Malam Jumaat.

Salam pembuka bicara..
 

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. 

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. 

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. 

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. 

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. 

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. 

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. 

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." 

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. 

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : 

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. 

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." 

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).


 


Al- Fatihah buat ayahanda dan kaum muslimin dan muslimat.

Sunday, October 21, 2012

maaf buat emak.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Pada saat dan ketika ini, aku merasakan ingin melepaskan tanggungjawab aku di bumi Tanjung Malim. Demi menemani ibu yang keresahan di kampung. Terasa mahu terbang pulang ke sana menggantikan tempat arwah ayah. Sungguh berat seorang ibu menggalas tanggungjawab seorang diri membesarkan anak-anaknya. Aku di kejauhan hanya dapat menangisi keperitan ibu. Hanya itu yang aku mampu. Sungguh berat dugaan yang diberikan. Benar kata orang, kehilangan seseorang memberi seribu makna yang tersirat.

Adik, hanya pesanan yang aku mampu berikan padamu. Ubahlah perilakumu demi emak. Tolong, jangan buatkan emak sakit hati kerana kamu. Tolong. Tolong. Tolong. Mak, dah banyak korban masanya buat kita. Mungkin kau belum mengerti apa yang aku kata kan ini Ye, kau masih kecil. Masih keanak-anakan. Mak, yang aku tahu, dia tak akan dan tak akan pernah menangis di depan anak-anaknya. Walaupun ayah meninggalkan. Sakit yang dia tanggung tak minta belas kasihan orang. Hanya dia yang menanggungnya. Kau tidak mengerti. Aku di sini tak mampu berkata-kata hanya menahan sebak di talian pabila mendengar keluhan seorang emak.

Mak, mohon ampun atas segala kesilapan. Pohon anak-anak emak yang lain mengerti perasaan seorang emak. Alangkah indah kalau aku dapat melepaskan segala tanggungjawabku demi melayan kerenahmu adik. Aku tersepit di antara dua. Disana yang aku perlukan buat selamanya. Hanya doa jua yang dapat aku panjatkan. Seandainya dapat aku bersama emak saat ini, ku ingin peluk erat ibuku. Tapi semua itu mustahil aku lakukan. Aku hanyalah perantau ilmu di bumi muaalim demi menyampai amanat arwah ayah.


mampukah aku??
 

.

Friday, October 12, 2012

saya sedih.

Cukup memberi makna tajuk di atas kerana ianya mempunyai subjek dan predikat. Praktikan subjek morfologi.

Saya sedih cikgu tinggalkan sekolah sebelum saya menamatkan peperiksaan. Itulah luahan hati seorang anak murid setelah cikgunya berpindah sekolah lain. Cikgu telah mengajar disekolah anak muridnya selama 10tahun. Berbaktinya seorang cikgu pada sekolah anak kampung. Berjayanya seorang pelajar ke menara gading oleh cikgu tersebut.

Pernah tak merasakan saat-saat gentir anda bakal menghadapi peperiksaan dan tiba-tiba cikgu yang anda paling sayang, cikgu yang anda paling rapat, seolah-olah macam ibu anda, tempat anda luahkan perasaan, bertukar ke sekolah lain kerana naik pangkat. Yer..alhamdulillah kerana cikgu naik pangkat. Tapi perasaan anak murid tidak sanggup kehilangan seorang guru dalam masa peperiksaan yang hampir tiba beberapa bulan sahaja. Oh! tidak. Perasaan bercampur-baur. Cukup sedih hati anak murid itu.

Cikgu faham. Cikgu pun sayangkan kamu. Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun cikgu tidak ada di sekolah kamu bukan bererti cikgu lupakan kamu. Rakan sekerja?? Cikgu sayang akan rakan-rakan cikgu juga. Seminggu sebelum cikgu berpindah ke sekolah lain, ramai pelajar cikgu membuat jamuan menghargai cikgu. Bukan itu yang cikgu minta. Makcik tukang sapu pun hadiahkan cikgu ikan kerana itu sahaja makcik mampu hadiahkan cikgu kerana mengajar anak makcik. Selama 10 tahun cikgu di sekolah itu luar bandar .   Banyak kenangan cikgu. Sedih cikgu tak tunjuk. 

Selamat menghadapi peperiksaan. Terima kasih. Cikgu sayang kamu. Buktikan kamu boleh walaupun cikgu tidak ada lagi di sekolah itu. Sayang kamu Cikgu.!



BAKAL CIKGU ^^

Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi.



Thursday, October 4, 2012

Nah...untuk kamu ! :)



Nama saya Cik Nur Farrisha Binti Aziz.



Hey sist Fary aka Farrisha.! Saya punye adik. semalam birthday kamu yer. sori lah saya dah call mak nak wish kt awak tapi saya call lewat memandangkan saya ada kuliah malam jadi kakak mu ini tidak dapat bercakap dengan kamu. Apa-apa pun selamat hari lahir.! sayang sikit ummmuahh :) tOink3 :P


paka oyak kot blog lah dehh.
kito jupo rayo aji nie dehh
InsyaAllah.

Hohoho ^^

Tuesday, October 2, 2012

suprise. !

Hello for you all...


Baiklah, still nak tajuk dalam Omputih. Huh.! Speaking Omputih pun enggak pandai. (kecelaruan bahasa terjadi). Mohon maaf cikgu cikgi BM. >,<  Cukup melalot. okeyyyyy ~

S.U.P.R.I.S.E

Penulis suka suprise. Dalam bahasa Melayu membuat kejutan. Bertambah gembira pabila orang tersayang lakukan. Terutama keluarga. Sahabat. Pakwe. Makwe. dan lain-lain lagi. Biasanya kejutan dibuat semasa  Celebrate birthday. Tak semestinya time birthday je nk buat suprise kan?? Bila-bila masa je boleh buat. Tengok pada keadaan. Kebiasaannya birthday lah. 

Pernah  penulis mendapat kejutan dari sahabat. korang mesti pernah kan. Kejutan daripada sahabat dapat mengalirkan air mata. tOuching beb. Omputih kata. Hehehe. Gelak sinis. Sahabat rancang benda tuh nak hargai kita. Nak tunjuk kan dieorang sayang kita. Nak seronok-seronok. Nak bikin kenangan dalam dunia PERSAHABATAN. Even kena baling tepung, baling telur, mandikan dengan air dan macam-macam. Percayalah..walaupun terpaksa basuh baju dengan sehabis tenaga nak hilangkan tepung,telur, still tak hilang di baju. Sama dengan kenangan tak kan hilang di fikiran kita.  Betul tak ???


SELAMAT HARI LAHIR 

OKTOBER

^__^


 [ Geng BM Upsian : Happy Birthday And Our Anyversri ]  ('',)