Wednesday, June 26, 2013

heaven

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur, Alhamdulillah. Dah dua minggu ada di kampung. Takde masalah. takde hal mau fikir. Suka wehhhh !  Tiga bulan cuti semester. mau tak suka. Keja? hah, ada dah orang mai umah suh buat part time. InsyaAllah bulan julai mula. Hari-hari rutin harian hantar adik p sekolah. hantar mak p kedai. tak hape. aku suka. masa nie je boleh tolong mereka. bukan siapa mak jugak, adik jugak. Nak bagi duit lom keja lagi. touching ! kesat air mata. Huhuhu. kadang-kadang masak bg mereka makan. tak ape at least boleh belajar. nanti nak kawennnnnnn. masak utk suami. masak untuk anak. heeeeeeeeeeeeee >.< berangan.

exam hari tue tak taw nak cakap macam mne. sobs. serah pada Yang Kuasa. usaha dah. study dah. terima je lah. pasrah. habis dua tahun di sana. dua tahun menyusul tiba. tempuh dengan hati terbuka. senyum. dah cukup. sambung lain masa. hewhew.



B.A.H.A.G.I.A

Wednesday, June 5, 2013

Birthday Girl ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam. Kami sekali lagi berkumpul. Proton City tempatnya. Sebenarnya dah lama tak jumpa member masa sekolah dulu. Ye lah, nama je satu universiti tapi susah nak jumpa. Lain kos. Semalam kami berkumpul. Sempena ulangtahun kelahiran. Terima kasih Nazatul, Mizah. Rakan sekolah, rakan seuniversiti. Hamizah Jalal bestie Universiti. Dan Siti member Nazatul. Terima kasih. Tak boleh update panjang2 mood tengah fokus exam. Good luck Bestie.! :)






cc: siti photographer

Monday, June 3, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Farhana
Allah selamatkan kamu

*Senyum*




Happy Belated Birthday to Me (penulis blog) * HaHa *


Dua Puluh Dua




Muchas gracias !

 to all my member dengan ucapan dan doa kalian semua.




Sunday, June 2, 2013

Ulangkaji Peperiksaan

Bismilahirrahmanirahim...


Aduhh ! post skima sangat2. Haha. Petang nie nak citer sal exam. Sekarangnya mood student degree tengah kacau nak exam. UPSI mula exam Esok! Yup, tommorow never dies.  Cuak. Oh, mestilah. Bila ilmu tak penuh di dada nak masuk dewan besar dengan ilmu cipuk sangat. Tapi, kalau dah bersedia takde hal punyer. Btw, aku akan mula exam 6 haribulan 6. Haa..hari khamis nie kan ? Paper, Sintaksis Bahasa Melayu. Oww..bukan mudah wehh nak jawab sintaksis nie. Main dengan frasa, main dengan klausa, ayat bagai. Kalau tak suka Bahasa Melayu baik tak payah amik awal2. Kalau minat takde masalah. Mudah jer.

Semester nie enam kertas bakal aku jawab. minggu pertama exam direct tak rehat langsung. Minggu kedua exam selang seli. hari nie ada paper esok takde. Okay la, boleh study lagi. Syukur sebab satu hari satu kertas. Semester nie agak susah nk scorr. Tak apa yang penting usaha dulu. Kalau kita dah usaha sungguh2 tapi exam tak dapat tinggi kira kita dah puas sebab kita tahu kecekapan kita. Sedih. kecewa. adat lah tue.

Cakap hal sintaksis nie, paper nie bukan senang. Perlu faham konsep macam mana. Kena ingat kata kuncinya. Biasa soalan tak ada tanya direct mesti keliru2. Aku pun risau giler dengan paper sintaksis nie. Baiklah, aku amil contoh apa yang aku study tadi pasal Frasa kerja.  Frasa kerja nie kata inti dia Kata kerja. Kata kerja ada dua jenis. kata kerja transitif satu objek dan dua objek. kata kerja tak transitif pula ada dua. Berpelengkap dan tanpa pelengkap. Kalau faham mudah jer. Sebab tue kena study betul2. Bab frasa kerja nie keliru sikit. Tak apa masih ada masa lagi untuk aku ulangkaji. Cukup lah. Dah mabuk pening dengan Sintaksis. Harap dapat A gemuk. ! Doakan.  Selamat menduduki exam ~ :)



Oh, Sintaksis!