Sunday, December 30, 2012

Doakan Aku.

Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Dan Penyayang..


Esok 31.12.2012, aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Tidak ada apa yang aku ingin bicarakan. Cukupulah kamu-kamu  mendoakan aku yang bakal menhadapi peperisaan yang bakal bermula esok hari sehingga pertengahan Januari tahun hadapan. Doakan aku semua :)


Untuk rakan seperjuangan..

# mohon maaf andai tersilap bicara tersalah kata. semoga kita semua dapat menempuh peperiksaan dengan baik dan diberkatinya. Semoga apa yang kita baca dan menelaah dapat dijawab dengan baik.


Untuk emak..

#Mak, esok anak emak nak exam. Mak buatkan solat hajat untuk anakmu ini. Dari jauh ku pohon doa seorang ibu. Ku tahu doamu diberkati. :(


Untuk Arwah Ayah..

# Ayah, esok jua anakmu menjalani peperiksaan. Kalau dulu aku selalu call ayah untuk minta restumu dan akan ayah jawab akan buat solat hajat untukku. Tapi aku tahu doamu mengiringiku walau kita berlainan alam. Alfatihah. Doakan saya ayah. Sebak bila mengenangkan ayah.


Untuk Pak Cik dan Mak Cik di kampung..

# Doakan anak saudaramu ini. InsyaAllah bakal pulang selepas peperiksaan selesai.


Untuk rakan-rakan yang mengenaliku..

# Aku tak pinta duit mahupun selonggok harta. Tak ada niat untuk menyusahkan kamu. Kupinta sekudus doa untuk agar dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan sempurna.


Ya Allah..
Permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku
dalam menjalani peperiksaan yang bakal kami jalani
pada esok hari sehingga tamatnya ujian..

Permudahkanlah Ya Allah..
Ingatkanlah apa yang kami bacai agar mudah kami jawab dengan sempurna
agar kami diberikan keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha kami.


Amin..







Saturday, December 22, 2012

Alhamdullilah :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


s.e.n.y.u.m

Alhamdullilah..

Tamat sudah semester tiga semalam. Sekarang merupakan minggu "study week" dunia kampus. Selesai sudah segala bagai "assigement". Carry mark pula ada yang sudah tahu dan tidak. kebiasaanya minggu ulangkaji nie tak study sangat pun . ada yang duk layan korean movie. macam-macam lah. Ape orang cakap tak sampai seru nak study lagi. Ingat kawen ke sampai seru-seru nie. Hehehe. Minggu ulangkaji juga ada student yang balik. sebabnya rindu kat kampung kan. Tak pun nak mintak restu  mak ayah, kan nak exam. Biasalah kalau duk kolej pun bukan full study. Atlease, study 5 minit facebook 15 minit. itulah penangan zaman teknologi. Ye dak?? Ape-ape pon gud luck to all student for final exam. Ingat dekan-dekan ye semua. InsyaAllah.


Alhamdullilah..

Tadi duk godek-godek facebook, ternampak gambar senior sekolah dulu kawen hari ini. Selamat Pengatin Baru kak Syida. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Sory tak dapat pegi. Sebabnye taksempat nak balik kampung. Pape pun Tahniah! Selamat menempuh dunia berumahtangga. Cantik sangat akak. :) 







Alhamdullilah..Yang baik datang daripada Allah. Allah perancang yang terbaik untuk semua. 



s.e.n.y.u.m

senyum itu tanda bahagia juga ;)

Monday, December 17, 2012

Allah Selamatkan Kamu ^^

Today is  17 december 2012

Happy Birthday Fatyla




She is my coursemate, my jiranmate, my friend yang gile2 satu kepala dengan saya. Hari nie birthday die.
MokCik happy birthday dehhh.. Hahaha ^^


semoga panjang umur :)


Wednesday, December 12, 2012

bila nak kahwin ??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sekarang dah minggu 13 dalam kalendar minggu kuliah kehidupan kampus. Hari ini macam-macam berlaku. Takpe dah biasa kan. Orang cakap dah adab lah kalau sedih kalau gembira satu bonus kan. Sejak akhir nie kan diri aku dikelilingi berita kahwin berita tunang. Fuhhhhhhh..tipu lah kalau tak teruja kan. Bukan teruja jer..OfkOs lah gatal nak jugak kannnnnnnnnnnnnnn..Haha (gelakgatal).! Bagi aku itu normal sebagai manusia. Tapi kalau dah Dia yang catat esok jodoh kamu kahwin lerrrrrrr. Amin. Mohon diberkati. :)



Kenapa Lambat?

Kerana Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukku


Dah Berpunya?

Ya, Sudah Kerana Setiap Orang Ditetapkan Jodoh Masing-Masing


Dengan Siapa?

Nanti Allah Akan Perkenalkan Kepadaku dan Mu


Bila Berlansungnya?

Bila Kami Dah Bersedia Dipertemukan Dan JemputlaH Ke Walimatul Urusku Nanti. 




(^^,)(^^,)





 usah ditanya kapan seseorang itu bakal dikahwinkan
bukan kamu yang mencipta untuknya      

Sekian.

Friday, December 7, 2012

we are together..

Salam for all :)


Hari nie lepas kelas BIU agak hampa kerana roleplay yang kami persembahkan lain dari yang kami rancangkan. Agak terkilan juga. Entah kenapa mungkin berdebar. Yelah speaking BI kot..bukan selalu speaking pun. Nak-nak budak BM macam kumpulan kami. Rasa tak puas hati tetap ada. Benda dah buat nak kenang-kenang pun takde guna jugak. Doa jelah harap carrymark okey. Boleh dikatakan kecewa jugak, aku dengan kawan-kawan pergi photoshoot (photosoot lah sangat kan) untuk hilangkan rasa kecewa tue. (konon nak hilangkan tension). Jadi apa lagi, bergambar lah kami semua. Bukan apa nak ciptakan memori di UPSI sebanyak mungkin.! ;)

reading :)



WE gonna be A great TEACHER. Pray for me and frienDs ^^


saa|synichy |tyla|mizah|hanna



:)


(",)

daa...tQ. Mohon permisi. !













Saturday, December 1, 2012

Tamat sudah.

Assalamualaikum dan Heloo semua ..


Sebenarnya sudah lama tidak menjengah ke blog penulisan tercinta. Petang ini baru terasa ada sedikit masa. Semester tiga belum tamat lagi. Hanya beberapa minggu lagi masih berbaki. Tugasan disaat-saat terakhir masih lagi belum siap. Hari ini juga merupakan hari terakhir kelas unit beruniform iaitu kelas Pandu Puteri Siswi II. Dua semester berturut-turut menyertai unit. Setiap hari sabtu pasti ada kelasnya. Kadang-kadang memang tidak ada rehat langsung. Penat sangat-sangat. Tapi hari ini terasa bahagia setelah berjaya menamatkan kelas ini. Orang puteh cakap AWESOME! :) Hehehe...

Aktiviti kemuncak dalam unit beruniform ini ialah perkhemahan. Jadi, Pandu Puteri yang disertai ini telah diadakan perkhemahannya di SK SINARAN BUDI yang merupakan sekolah tenaga pengajar. Terasa sangat teruja apabila dapt pergi berkhemah. Namun berkhemah di dalam bilik darjah sebab hujan.  Lagi sangat TERUJA kan. Perkhemahan ini merupakan perkara kemuncak dalam unit beruniform. Dan aku serta rakan yang lain berhempas pulas bagun awal untuk ke kelas pandu setiap hari SABTU. Orang lain sedap tidur pagi-pagi, kami bangun awal pagi untuk ke kelas. Suka sangat-sangat. Huhhh !! Tapi tidak mengapa kerana kelas pandu puteri sudah habis. Semester depan sibuk dengan kelab dan sukan pula. Semester depan dengan kelas pentaksirannya, kelas sintaksisnya, kelas sasteranya. Aduhhh...!! nama pun dah pelajar kan. Ku gagahi jua. Jom layan "picture" "camping" !!

kami tengah membuat gajet (tripod)



khemah siap didirikan

Perkhemahan ini diadakan dua hari satu malam. Istiadat perlantikan diadakan pada jam 4 petang. Istiadat tersebut dihadiri oleh Puan Tek. Kami diwajibkan berkebaya sebagai uniform lengkap. Tidak pernah selama ini memakai baju kebaya keranamu Pandu Puteri aku memakainya. Kami bertolak jam 8pagi lagi dan semua berkumpul di Bitara Siswa menunggu bas. Sk Sinaran Budi letaknya di Rawang. Hampir satu jam dari Tanjung Malim. Dekat sahaja. Istiadat diadakan seorang demi seorang. Semua ahli pandu puteri wajib mengingati Pra persetiaan pandu puteri. Ayuh layan "picture" lagi... (",)  

sah dilantik :)

Kami cikgu pandu puteri

Aktiviti pula tidaklah begitu berat. Okay-okay sahaja. Kami diajarkan melihat kompas dan selepas itu aktiviti "explorace" diadakan bersama abang-abang kelana. Malam pula, sudah mesti malam kebudayaan diadakan. Tidak ada umpama tidak lengkap perkhemahan kami. Setiap kumpulan harus membuat persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan muzikal dibantu oleh abang-abang kelana. Sangat seronok. Boleh nyanyi-nyanyi bersama. Hilang semua bebanan rasanya. Aktiviti habis pada jam 12 malam. Keesokannya, ahli pandu puteri menyiapkan mural di kantin sekolah. Kami berkemas pulang jam tiga petang bas tiba. Kami pulang dengan penatnya. Terima Kasih Pakcik bas kerana menghantar kami sampai ke destinasi kolej masing-masing. Untuk tenaga pengajar, Cikgu Laily yang sangat sporting, dua semester berturut-turut mengajar kami. Cikgu sangat baikkkkkkkkkkkkkk !! Terima Kasih Cikgu :)



Bersama Cikgu Laily ^^ siap buat peace lagi kan :P

checkpoint last explorace terpaksa menari jambatan goyang-goyang. suka sangat.
aktiviti kompas





Buat anda yang ingin mendaftar kursus pandu puteri siswi terutama student UPSI, usah takut best sangat pandu puteri. Ilex-ilex jer pandu puteri nie. Jom r jOinnnn..Bessssssstttttttt.........!! ^^ Yang penting ilmu yang kita dapat. ilmu dapat pengalaman lagilah dapattt.





sekian..tQ ('',)