Saturday, December 1, 2012

Tamat sudah.

Assalamualaikum dan Heloo semua ..


Sebenarnya sudah lama tidak menjengah ke blog penulisan tercinta. Petang ini baru terasa ada sedikit masa. Semester tiga belum tamat lagi. Hanya beberapa minggu lagi masih berbaki. Tugasan disaat-saat terakhir masih lagi belum siap. Hari ini juga merupakan hari terakhir kelas unit beruniform iaitu kelas Pandu Puteri Siswi II. Dua semester berturut-turut menyertai unit. Setiap hari sabtu pasti ada kelasnya. Kadang-kadang memang tidak ada rehat langsung. Penat sangat-sangat. Tapi hari ini terasa bahagia setelah berjaya menamatkan kelas ini. Orang puteh cakap AWESOME! :) Hehehe...

Aktiviti kemuncak dalam unit beruniform ini ialah perkhemahan. Jadi, Pandu Puteri yang disertai ini telah diadakan perkhemahannya di SK SINARAN BUDI yang merupakan sekolah tenaga pengajar. Terasa sangat teruja apabila dapt pergi berkhemah. Namun berkhemah di dalam bilik darjah sebab hujan.  Lagi sangat TERUJA kan. Perkhemahan ini merupakan perkara kemuncak dalam unit beruniform. Dan aku serta rakan yang lain berhempas pulas bagun awal untuk ke kelas pandu setiap hari SABTU. Orang lain sedap tidur pagi-pagi, kami bangun awal pagi untuk ke kelas. Suka sangat-sangat. Huhhh !! Tapi tidak mengapa kerana kelas pandu puteri sudah habis. Semester depan sibuk dengan kelab dan sukan pula. Semester depan dengan kelas pentaksirannya, kelas sintaksisnya, kelas sasteranya. Aduhhh...!! nama pun dah pelajar kan. Ku gagahi jua. Jom layan "picture" "camping" !!

kami tengah membuat gajet (tripod)



khemah siap didirikan

Perkhemahan ini diadakan dua hari satu malam. Istiadat perlantikan diadakan pada jam 4 petang. Istiadat tersebut dihadiri oleh Puan Tek. Kami diwajibkan berkebaya sebagai uniform lengkap. Tidak pernah selama ini memakai baju kebaya keranamu Pandu Puteri aku memakainya. Kami bertolak jam 8pagi lagi dan semua berkumpul di Bitara Siswa menunggu bas. Sk Sinaran Budi letaknya di Rawang. Hampir satu jam dari Tanjung Malim. Dekat sahaja. Istiadat diadakan seorang demi seorang. Semua ahli pandu puteri wajib mengingati Pra persetiaan pandu puteri. Ayuh layan "picture" lagi... (",)  

sah dilantik :)

Kami cikgu pandu puteri

Aktiviti pula tidaklah begitu berat. Okay-okay sahaja. Kami diajarkan melihat kompas dan selepas itu aktiviti "explorace" diadakan bersama abang-abang kelana. Malam pula, sudah mesti malam kebudayaan diadakan. Tidak ada umpama tidak lengkap perkhemahan kami. Setiap kumpulan harus membuat persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan muzikal dibantu oleh abang-abang kelana. Sangat seronok. Boleh nyanyi-nyanyi bersama. Hilang semua bebanan rasanya. Aktiviti habis pada jam 12 malam. Keesokannya, ahli pandu puteri menyiapkan mural di kantin sekolah. Kami berkemas pulang jam tiga petang bas tiba. Kami pulang dengan penatnya. Terima Kasih Pakcik bas kerana menghantar kami sampai ke destinasi kolej masing-masing. Untuk tenaga pengajar, Cikgu Laily yang sangat sporting, dua semester berturut-turut mengajar kami. Cikgu sangat baikkkkkkkkkkkkkk !! Terima Kasih Cikgu :)



Bersama Cikgu Laily ^^ siap buat peace lagi kan :P

checkpoint last explorace terpaksa menari jambatan goyang-goyang. suka sangat.
aktiviti kompas





Buat anda yang ingin mendaftar kursus pandu puteri siswi terutama student UPSI, usah takut best sangat pandu puteri. Ilex-ilex jer pandu puteri nie. Jom r jOinnnn..Bessssssstttttttt.........!! ^^ Yang penting ilmu yang kita dapat. ilmu dapat pengalaman lagilah dapattt.





sekian..tQ ('',)

No comments: