Friday, November 22, 2013

Berbicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Jodoh Mu tak mungkin hanya Kau temukan.

Sebaik-baik peribadi yang kau jatuh cinta itu

Tak akan menjadi.

Jodoh Mu,

Jika Engkau tidak memperlakukan

dengan penuh kasih dan hormat.


Jodoh itu,

Kau pinta dari TUHAN,

Kau cari 

Dalam Pergaulan  

Yang baik

kau undang

KETERTARIKANNYA

dengan menjadikan

DiriMu Baik dan Menarik

LALU,

Kau BAHAGIAkan Dia

dalam

PERSAHABATAN

yang penuh

KASIH dan HORMAT.


ITULAH JODOH.




p/s :

TUHAN tidak akan menggerakkan HATI seorang SAHAJA namun TUHAN akan menggerakkan 

KEDUA-DUA hati tersebut.

^_^


Wednesday, October 2, 2013

Oktober.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Semalam sudah bulan oktober. Oktober yang penuh dengan hari yang belum pasti. Merupakan suatu menanti yang entah bagaimana penghujungnya. Oktober penuh dengan aktiviti. 

OKTOBER


3.10.2013 : Selamat Hari Lahir Adik Farrisha. Be A good girl bebey !

5.10.2013 : Tautan Kasih PERBAYU. Salam sayang Salam Tautan Adik Junior.

9.10.2013 : Happy Birthday Adik Fadhilah. Wish you luck for UPSR result exam.

11.10.2013 : Bergerak pulang ke bumi ULUL ALBAB. InsyaAllah.

15.10.2013: AidilAdha days. Selamat Hari Raya Korban.

Oktober penuh dengan tugasan. Penuh dengan seminar. Penuh dengan perjumpaan.Itu hanya separuh tarikh yang ditetapkan dengan aktiviti. Student life. Semoga aku kuat dan tabah untuk menempuhinya. Amin.




Hey, Oktober ! Hadirlah kamu dengan penuh kebahagiaan. ^_^




Saturday, September 14, 2013

Tahniah !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Semalam. 12 September 2013.



Tahniah! Akhirnya graduasi jugak. Orang yang banyak tolong saya di sini. Dialah. Insan yang bagi tiket untuk pulang melihat arwah ayah tenat. Dialah. Orang yang banyak bantu saya di Upsi. Dialah. Sebak juga dia dah takde. Lumrah. Tapi gembira melihat dia bahagia dengan kejayaannya. Idola. Bangga juga. Terbayang saya konvo dua tahun lagi. InsyaAllah. Selamat ber'posting'. Jadilah guru yang dirindui pelajar. Sejambak bunga tak berbaloi dengan bantuan dia  memberikan tiket dia pada saya untuk pulang ke besut. Dari Kuala Lumpur ke Jerteh. Huhuhu. Hutang emas boleh dibayar, Hutang nyawa tiada ganti. Terima kasih untuk semuanya. Tahniah. Senyum.


Congrate senior ^^ ! Yull Juza. sape tak kenal. Instruktor pengurusan kokurikulum kami masa semester dua. Dia nie ada kembar. Kembar dia belajar di Upsi jugak. Banyak nasihat dan cerita daripadanya. Selalu nasihat kami adik-adik junior. Selamat maju jaya abe yull !  Tq. :)


Our last memory ;

KAMI

Tahniah !

Selamat Hari Jubah.

^^





Thursday, September 12, 2013

Doakan !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Syukur. Selamat tiba di bumi Tanjong Malim. Khususnya Kolej Za'ba UPSI. Alhamdullilah dapat meneruskan pelajaran semester lima. Oh, dah semester lima. Sudah senior lah nie. Semester lima rumah pun tingkat lima. Tak apa lah. Janji bahagia. Bila menjengah ke semester lima, terasa sangat risau. Makin banyak yang harus dipelajari sebelum keluar menjadi seorang pendidik. Oh, Cikgu Farhana. Semester lima aku habiskan untuk dua puluh satu jam kredit.! Banyak tue, kata sahabat di UM. Iya, memang banyak dan berat. Tapi jangan fikir berat, usah fikir banyak. Jalanilah, hadapilah semua itu. Pasti ada bahagianya nanti. Satu sahaja, YAKIN.

Budak Bahasa Melayu macam aku dah biasa kalau enam tujuh kertas daftar mata pelajaran. Risau memang risau tapi hidup kita tak akan lepas daripada berdoa. Doa senjata kita. Tak minta lain tak minta bukan aku mengharapkan dipermudahkan segalanya. Semester nie risau sebabnya daftarkan subjek Aplikasi Komputer Dalam Bahasa Melayu. Paper nie pensyarah sangat bagus ! takde hal. Baik sangat-sangat. Teserlah sifat kebapaannya.Aplikasi nie jugak main dengan laptop kerjanya. Program flash-flash namanya. Nama penuhnya takingat. Agak rumit jugak. Tetiap hari kena submit. Yang kedua Drama Amali Seni Lakon. Dah memang budak bahasa amik minor sastera kena lah pandai berlakon. Tiap-tiap malam ada latihan. Bakal dipentaskan di dewan drama arahan Mana Sikana. Ketiga, Semantik Pragmatik. Keempat Prosa Melayu. Tiga lagi subjek malas nak hurai. Kehkehkeh.

Dua puluh satu jam kredit kena harungi untuk semester lima. Semoga dipermudahkan jalan semuanya. Harus pandai bagi masa. Harus bijak kan nak jadi Cikgu ! Hihihi. Doakan aku dan teman-temanku. Mengharapkan semuanya lancar dan kekuatan itu milik aku. 

DOAKAN !


Wednesday, August 14, 2013

Hak Allah S.W.T

Jodoh itu penuh keunikan.

Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.

Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.

Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.

Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.

Kadangkala hadirnya tidak disangka.

Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.

Rencam jodoh, manisnya dapat MENDAMAIKAN hati, 

pahitnya dapat MENGHANCURKAN diri.

Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.



Wednesday, June 26, 2013

heaven

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Syukur, Alhamdulillah. Dah dua minggu ada di kampung. Takde masalah. takde hal mau fikir. Suka wehhhh !  Tiga bulan cuti semester. mau tak suka. Keja? hah, ada dah orang mai umah suh buat part time. InsyaAllah bulan julai mula. Hari-hari rutin harian hantar adik p sekolah. hantar mak p kedai. tak hape. aku suka. masa nie je boleh tolong mereka. bukan siapa mak jugak, adik jugak. Nak bagi duit lom keja lagi. touching ! kesat air mata. Huhuhu. kadang-kadang masak bg mereka makan. tak ape at least boleh belajar. nanti nak kawennnnnnn. masak utk suami. masak untuk anak. heeeeeeeeeeeeee >.< berangan.

exam hari tue tak taw nak cakap macam mne. sobs. serah pada Yang Kuasa. usaha dah. study dah. terima je lah. pasrah. habis dua tahun di sana. dua tahun menyusul tiba. tempuh dengan hati terbuka. senyum. dah cukup. sambung lain masa. hewhew.



B.A.H.A.G.I.A

Wednesday, June 5, 2013

Birthday Girl ^_^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam. Kami sekali lagi berkumpul. Proton City tempatnya. Sebenarnya dah lama tak jumpa member masa sekolah dulu. Ye lah, nama je satu universiti tapi susah nak jumpa. Lain kos. Semalam kami berkumpul. Sempena ulangtahun kelahiran. Terima kasih Nazatul, Mizah. Rakan sekolah, rakan seuniversiti. Hamizah Jalal bestie Universiti. Dan Siti member Nazatul. Terima kasih. Tak boleh update panjang2 mood tengah fokus exam. Good luck Bestie.! :)






cc: siti photographer

Monday, June 3, 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Farhana
Allah selamatkan kamu

*Senyum*




Happy Belated Birthday to Me (penulis blog) * HaHa *


Dua Puluh Dua




Muchas gracias !

 to all my member dengan ucapan dan doa kalian semua.




Sunday, June 2, 2013

Ulangkaji Peperiksaan

Bismilahirrahmanirahim...


Aduhh ! post skima sangat2. Haha. Petang nie nak citer sal exam. Sekarangnya mood student degree tengah kacau nak exam. UPSI mula exam Esok! Yup, tommorow never dies.  Cuak. Oh, mestilah. Bila ilmu tak penuh di dada nak masuk dewan besar dengan ilmu cipuk sangat. Tapi, kalau dah bersedia takde hal punyer. Btw, aku akan mula exam 6 haribulan 6. Haa..hari khamis nie kan ? Paper, Sintaksis Bahasa Melayu. Oww..bukan mudah wehh nak jawab sintaksis nie. Main dengan frasa, main dengan klausa, ayat bagai. Kalau tak suka Bahasa Melayu baik tak payah amik awal2. Kalau minat takde masalah. Mudah jer.

Semester nie enam kertas bakal aku jawab. minggu pertama exam direct tak rehat langsung. Minggu kedua exam selang seli. hari nie ada paper esok takde. Okay la, boleh study lagi. Syukur sebab satu hari satu kertas. Semester nie agak susah nk scorr. Tak apa yang penting usaha dulu. Kalau kita dah usaha sungguh2 tapi exam tak dapat tinggi kira kita dah puas sebab kita tahu kecekapan kita. Sedih. kecewa. adat lah tue.

Cakap hal sintaksis nie, paper nie bukan senang. Perlu faham konsep macam mana. Kena ingat kata kuncinya. Biasa soalan tak ada tanya direct mesti keliru2. Aku pun risau giler dengan paper sintaksis nie. Baiklah, aku amil contoh apa yang aku study tadi pasal Frasa kerja.  Frasa kerja nie kata inti dia Kata kerja. Kata kerja ada dua jenis. kata kerja transitif satu objek dan dua objek. kata kerja tak transitif pula ada dua. Berpelengkap dan tanpa pelengkap. Kalau faham mudah jer. Sebab tue kena study betul2. Bab frasa kerja nie keliru sikit. Tak apa masih ada masa lagi untuk aku ulangkaji. Cukup lah. Dah mabuk pening dengan Sintaksis. Harap dapat A gemuk. ! Doakan.  Selamat menduduki exam ~ :)



Oh, Sintaksis!




Thursday, May 30, 2013

Exam Fever.

In the name of Allah, Most Gracious and Most Mercifull.



The frantic moments during the exam season constantly and reliably send shivers down the spine of students. Those moments when we understand that the meaning of 'Fear', is that deep wrenching feeling when pages of your book still smell new just 1 day before the exam. Library over-populated, roads barren and canteen unruffled – it will always remain doubtful what kind of uneasy sensation these brick-red buildings issue on these fate-full days in those white papers that are capable of moving even the nastiest of the students to the verge of tears.

During those catastrophic days, I used to wake up 3 to 4 times as if someone had knocked my eyelids from the restless sleep because of the nightmare. A few of those terrible "exam nightmares" were the ones in which I'd dreamt that I'm in the exam room and the toughest paper on the desk awaited me or I've almost forgot everything I've prepared and I am struggling to recall the answers in the exam paper or the whole paper was printed in some so called English like language with jargons that make no sense or that I've screwed-up the exam badly. Realizing that was just a nightmare, I try going back to sleep after having a gulp of water wishing if it was some toxic agent putting me to peaceful sleep. 

After a bit of somehow-managed-sleep, and to my surprise a flash of bright light glares all of a sudden just out of the dark into my eyes as if there some high-intensity energy source that has appeared. Convinced for a sec that it is "GOD" that has appeared listening to my prayers, I open my eyes, only to realize that my stupid roommate has put on the tube light that's right above my head to study after his power nap. Disappointed by the fact that god has ignored my prayers for the deadly exams I connect the network cable to my laptop just to check how many studious bookworms are still feeding over the books.

That is when I see the real network gods – my co average pointers, sharing the "expert-suggested-hand-picked-most-important-questions" or "how-to-pass-in-the-first-attempt" material. Those become nothing less than bible for that day. Trust me, sharing the material, combined studies and smart study groups boost just the right amount of confidence that it takes to crack the hard nut and come out of the exam hall like a roaring lion which has gobbled down its hunted prey. I think this exam fever is what all the students; if not all, atleast all the average pointers had to face every exam season.


six step you can choose ?

Nightmares, Light glares and Network-shares are a part and parcel of every students college life. The ecstacy and cries of joy let out and denizens repositioning themselves from the confinement of the library cabins to all embarrassing allies and groups at the canteen after that grueling week continue throughout the 2 years. Perhaps some things never change, they stay the way they are. Good luck !  *smile*


copy paste (^_^)

Wednesday, May 29, 2013

Ketentuan DIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



aku redha dan aku aku yakini ketentuanMu

Sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripadaMu

kuatkanlah aku

Amin.



Tuesday, May 28, 2013

Harapan HyperAct


Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku


Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu 

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Sunday, May 26, 2013

Emel buat kamu

Bismillah..

aku sayang kamu. itu yang aku tahu. dari dulu sehingga engkau tak akan tahu. aku sayang kamu sampai kiamat. aku tak boleh nak hilangkan rasa sayang aku. bukan tak pernah. tapi aku cuba buang perasaan itu pada kamu. tapi gagal. aku tak kuat macam kamu. walaupun kamu cakap aku seorang yang positif. sebab aku tak akan pernah dan tak akan cuba mengucapkannya. aku sayang kamu. melainkan kamu bertanya secara peribadi pada aku mahupun temanku. aku tahu bila aku cakap aku akan merana bila aku tahu jawapanmu. aku ngerti perasaan kamu. aku tak tahu kenapa aku terlebih rasa. mungkin kamu dulu yang aku kenal. aku bangkit melihat apa yang kamu dapat. bila kamu buntu aku cuba tolongi kamu. kerna aku tak mau kamu sakit seperti apa yang aku sakiti. apa yang aku alami. perit. tiada kata hanya rasa. aku tahu kamu kuat.  

aku tiada daya lagi. hanya doa aku tadah minta pertolongan. beri aku kekuatan. aku tahu akan kehilanganmu. kerna aku sayang kamu. aku begini. tak mengapa biar aku ubati sendiri. sukar. tapi aku harus yakin dan perlu perjuangkan niat aku. tak apa aku merana. janji kau bahagia kekal selamanya. aku buntu. aku sakit. kau aku tak cari. aku tahu kau sedang berbahagia. kerna aku tak mahu kamu susah. terbeban dengan aku. sebab aku sayang kamu. cukup dengan apa yang kau alami. pandangan. pendapat. aku boleh berikan. tapi untuk kedepan kamu yang harus lakukan. aku tak kuat untuk semua ini.

sakit aku kamu tak kan pernah tahu. sebab aku sayang kamu. aku tak terdaya melihat semua itu. aku cuba pertahankan apa yang aku ada. aku sayang kamu. sakit. yup, sakit, perit yang aku alami. aku tak salahkan kamu sebab aku punyai hati. kamu tak akan tahu. sebab cinta perlukan pengorbanan. pengorbanan yang aku buat demi kebahagiaanmu. aku tak sanggup hadapi ini. aku ngerti aku harus hadapi ini. aku sayang kamu dari dulu sehingga sekarang. jiwa aku jiwa patah. mudah merasa. tak apa sahabat. aku doakan kamu bahagia. bertemu kita di syurga. aku tak kan pernah putus doa demi aku dan kebahagiaanmu. 

aku sayang kamu. aku tak nak kamu merasai apa yang aku rasai. cukup aku yang rasai. tak apa perit demi mu. aku cuba alihkan bila aku berdepan denganmu. sebab kamu tak pernah tahu jiwa aku. aku sayang kamu. rasa tak sanggup. aku tak punya kekuatan itu. Hilang. 


Sayang aku kerana Allah :'(

aku tahu aku kehilanganmu. aku doakan kamu :(

itu yang aku mampu untuk kamu.

kerna aku sayang kamu.

Friday, May 17, 2013

Keliru.

Bismilah..


Jika resah ini terbaik untuk ku Kau beri aku petunjuk
Jika resah ini bukan terbaik untuk ku Kau kuatkan jiwaku

Jika pilihan dia yang terbaik
Kau berilah kesenangan untuk dia
Permudahkanlah segala urusan dia
Kerna engkau penentu takdir semua

Jika aku turut terpias
Kau beri aku pedoman

Sesungguhnya ku keliru 
Berikan aku kekuatan dengan segala bakal aku hadapi 
Pinjamkan aku kekuatan dariMu
Berikan aku jalan yang benar.

Amin.




Thursday, May 9, 2013

Kami Kakak !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyang.


saya rindu awak-awak sekalian.

Sayang kamu kerana Allah.




Farhana

Fadhilah

Farrisha

Farah

We Are Sister  

:)

Friday, May 3, 2013

' Yok Mengundi ' !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Mengundi adalah kewajipan. Kita dipertanggungjawabkan di akhirat esok siapa calon yang 

kita undi atau sokong.  


Sebelum pangkah undi, kita berdoa dalam hati dengan penuh keyakinan dan penyerahan kepada Allah.



" Sahaja aku mengundi untuk menangkan Islam, semoga undi yang aku buat ini akan bagi kemenangan pada mereka yang benar dan adil di bumi Malaysia ini. Aku berlindung dengan Mu daripada mengundi orang-orang fasiq, munafiq, zalim dan penipu"


Amin.

Tuesday, April 30, 2013

Permintaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Tidak ada apa yang membahagiakan saya apabila dapat menunaikan hasrat terakhir beliau.


Untuk Ayah,




Alhamdulillah
Thanks Allah
Terima Kasih buat semua yang mendoakan.


Three eight two.


Anak ayah dah dapat buat kali kedua. Harap ayah suka. Hanya ini yang mampu buat untuk ayah selain doa. Walaupun ayah tak sempat nak rasa dan kongsi dengan saya, saya yakin ayah suka.




Thursday, April 25, 2013

Kisahku Kekuatanku # Bahagian pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini aku berpeluang untuk menceritakan ini semua. Tanpa merasakan kesedihan. InsyaAllah dengan izinNya. Ramai rakan seperjuangan di bumi muaalim dan yang lain bertanya kepada aku selepas hampir setahun kisah ini berlaku pada diri aku. Ada yang aku jawab, ada yang aku ceritakan, ada juga aku jawab persoalan mereka dengan senyuman :) Mohon maaf rakan-rakan. Mungkin rakan-rakan ingin tahu, ingin bertanya tapi takut aku akan sedih. Mungkin. Di sini aku mengambil alternatif untuk berkongsi dan menjawab persoalan kalian.


03.05.2012 

Petang khamis jam 7 petang, selepas kelas pengurusan ko aku mendapat panggilan daripada pak cik aku. Masa tue tengah otw ke pasar malam KZ  xsempat beli apa-apa pun. Pakcik cakap ayah tenat. Kalau boleh  balik lah esok. Bila dengar pakcik cakap macam tue dah tak boleh fikir apa-apa. Nak balik je fikir. Fikir Ayah. Ayah. Ayah. Masa tue kredit pun habis. Nasib ex rumet ada simpan topup RM5. Pinjam dia kejap. Nak balik macam mane dah pukul 7 malam. Tiket pun xde. Nk pegi pekan macam mane? Dah lah aku nie perempuan? Bahaya!  Dah lah ayah tenat. Masa tue air mata xsah cakap lah depan orang ramai dekat pasar malam. Takde malu time tue. Aku cuba contact seorang Hamba Allah nie, cuba call dapat. Aku nampak dia post di FB bagitahu nak balik. Aku cakap nak balik malam nie. Ayah tenat dekat hospital. Dia tanya ada tiket tak ? aku jawab tak ada. Pakcik baru call je. Dia cakap kalau macam tue kemas barang-barang 7.45 nak gerak pegi pekan. 

Masa tue dah tak fikir panjang terus naik bilik amik baju letak dalam beg main campak-campak je. Dia sempat pesan lagi tak payah bawak balik baju banyak sangat kat rumah baju dah banyak. Macam lah dia tahu kat umah baju dah banyak. Masa tue duit takde. serius aku cakap ada RM10 je. Nak pegi amik duit lagi dekat mesin ATM KAB. Ye lah nak balik bayar tiket. Takde duit tak boleh balik. Dalam masa yang sama dia dah duk tunggu, bas gerak pukul8. 7.45 tak siap pape lagi. Dia dah call. Ex rumet yang tolong jawab. Sampai di ATM KAB masalah pulak. Kad ATM aku tak boleh nak detect. Dah banyak kali aku buat. still tak boleh. Allah Dugaan. Dia dah call, aku cakap duk dekat ATM KAB nak amik duit. Hamba Allah tersebut cakap tak payah cucuk duit dah lewat masa tue dah pukul 7.55. Bas gerak pukul 8. Aku nak balik macam mana tiket tak ada. Dalam hati mudahkan lah urusanku ya Allah. Sampai di pekan 8.05 bas dah hampir gerak. Aku nak balik besut sorang-sorang tak pandai. Nak beli tiket lagi lah tak reti. Tak fikir panjang naik bas SKS KL hanya tinggal dua seat je yang ada. Cukup untuk aku dengan Hamba Allah itu. Naik bas pakcik tanya mana tiket, aku tak jawab pape. Dia yang jawab yang selesaikan. 

Hamba Allah tersebut beli tiket dari Kuala Lumpur(Hentian Putra) ke Jerteh. So transit la. Aku tak pandai transit-transit nie sumpah.! Dia yang banyak bantu. Sampai dekat mana tak tahu bas berhenti. dalam satu jam jugak la. masa dalam bas hati risau ayah macam mana lah. call pakcik banyak kali. Call mak tak jawab. tak angkat tefon. Lagi gusar hati aku. Macam mane adik-adik? sape jaga? Sumpah risau! Masa tue kawan-kawan call tanya macam mana ayah. aku jawab tak tahu. sebabnya bila call pakcik tak jawab. call mak tak angkat. Subhanaallah. Masa tue Allah je tahu perasaan aku. Akhirnya pakcik call balik aku. Dia cakap ayah lagi tenat. Aku cakap dengan pakcik aku otw balik ke jerteh. Dia risau aku balik dengan apa? Mana dapat tiket? Malam-malam macam tue. Bahaya perempuan. Dia cadang suruh balik esok. Tapi Allah mudah kan urusan aku. Bas berhenti tak tahu dekat mana. Hamba Allah tersebut suruh aku turun. Ingat dah sampai rupanya tak. Kena naik monorel pulak. Aku dengan duit takde nak naik moneral macam mane. Nie semua gara-gara kad ATM tak boleh nk detect. Time tue lah nak buat hal. Dia beli tiket. Kami terpaksa rushing sebab tiket dia jam 10malam. Tiket dia, aku tak de tiket lagi. Kata dia kita cari tiket balik Besut di Hentian Putra. Okey, aku ikut. Masa tue dh 9.30 malam. Kuala Lumpur mana aku tahu jalannya. Dia yang banyak bantu. Lepas turun monorel, kami jalan kaki nak pegi hentian putra. Jalan kuala lumpur faham-faham la.

Sampai Hentian Putra, dia yang banyak tolong aku, cari tiket dari satu kaunter ke satu kaunter nak balik Jerteh. Tak kira lah Bas Mahligai ke, bas Mutiara ke, Permata ke,janji aku sampai Jerteh esok hari. Di Hentian Putra, ramai sangat orang nak balik kampung. Sesat sangat. Penuh hentian putra. Aku takbiasa tempat tue. First time di Hentian putra. Cari-cari tiket semua kaunter tiket cakap. TIKET HABIS. Allah..aku nak balik macam mane tak kan nak tidur kt hentian putra sorang-sorang? Hamba Allah cakap sabar kita cuba cara lain cuba tanya pakcik bas kot2 boleh tumpang.  Dah lah masa tue nak pukul 10malam. Tiket bas dia pukul 10. Nak cari tiket aku lagi. Mase tue xyah cakap lah berpeluh-peluh terkejar2 kaunter ke kaunter nak balik jerteh cari tiket. Semua tiket HABIS. Pilihan terakhir, tanya pakcik bas. Hamba Allah nie jenis pandai bercakap. Dia dah biasa dan dia tahu tentang bas. Dia yang banyak tolong aku. Dia cakap " awak tak payah pegi mana-mana tinggal sini kejap, biar dia pegi tanya pakcik bas kot2 boleh awak tumpang balik jerteh" (lebih kurang macam tuela dia kata). Dia tinggal aku seorang  di situ nak pegi tanya pakcik bas. Masa tue ramai sangat warga asing. Aku dah mula takut, cuak, macam-macam perasaan ada. Fikir keadaan ayah lagi yang tenat. Bila call mak xde jawapan. Sedih giler time tue. Hanya sempat balas mesej rakan2. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan kalau dia tinggal aku kt sini, macam mana aku nak hidup. Dahla mamat2 bangla ramai kat situ.

Dalam 10 minit dia datang, Allah syukur, dia datang. Muka dia dah penat. Berpeluh-peluh. pegi tanya pakcik bas demi nak tolong aku. Aku harap pakcik2 bas faham keadaan aku. Tapi dia bawa keputusan yang mendukacitakan Pakcik bas cakap tak boleh tumpang bas. aku kan tak ada tiket mana boleh main tumpang-tumpang bas nie. Pakcik bas tak faham keadaan saya. Menangis tak berlagu lah aku. Bejuang cari tiket bas dengan dia nak balik tengok ayah sakit tenat. Sumpah sedih sangat masa tue. Masa tue dah pukul 10 malam. Bas yang dia nak naik dah lama tiba. Dia buka dompet dan bagi TIKET BAS MAHLIGAI dia pada aku. Dia cakap " Na balik guna tiket nie" bermakna tiket dia. Dia yang  bawak aku dari KZ ke pekan Tanjung Malim, naik monorel, jalan kaki, sampai Hentian Putra. Jauh wehhh. Tiba2 dia bagi tiket dia kt aku. Sedangkan dia ada urusan yang amat amat amat penting pagi keesokan harinya. Aku serba salah nak amik atau tak. Kalau aku amik dia nak balik dengan apa? Jalan kaki? Sah2 memang dah sampai la. Dia cakap amik la sebab ayah aku dah tenat dah. Dia balik tak? Alhamdulillah dia balik dengan bas lompat. Kata dia. Allah permudahkan urusan aku dengan dia. Sedih. sebak. macam-macam dah ada masa tue. Tak fikir panjang bas duk tunggu aku. Orang lain dah naik bas. Aku je yang belum naik. Aku naik bas dengan tiket yang dia punya. Dia pulak balik tanpa ada tiket. Naik bas lompat. Tak kena bayar satu sen. Allah permudahkan urusan kami.  Terima kasih bantu aku. Perjalanan bertemu ayah yang sakit tenat bersambung di bahagian kedua. Tunggu.

Saturday, April 20, 2013

You = Awak | I Like .


You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you


How can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how I wish you were still mine


Never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here


I know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so muct to me
and giude the truth from me to you


For all the things I've done and said
for all the hurt that I've cause you
I hope you will forgive me baby
cause that wasn't what I mean to do


You were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
I'll never stop thinking of you


How can I forget all that
when you're the one whomake me smile
you'll always be a part of me
how I wish you were still mine


oleh: nur jannah alia

Thursday, March 28, 2013

Usah Bermusuhan | Hadis Qudsi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 


 
Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Abu Hurairah memberitahu bahawa Nabi s.a.w sentiasa berpuasa pada hari ISNIN dan KHAMIS. Kemudian, ada orang bertanya, " Wahai rasulullah (apakah alasan) tuan selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis ? "


Baginda menjawab, yang bermaksud, " sesungguhnya Allah MENGAMPUNKAN dosa Muslim pada hari isnin dan khamis kecuali orang yang tidak mahu bertegur sapa (bermusuhan). Allah berkata kepada para malaikat yang bermaksud " Tinggalkan kedua-duanya hingga mereka berdamai "


- Riwayat Ibnu Majah-


Hari ini hamba berkongsi sedikit hadis. Semoga ianya memberi seribu manfaat kepada semua. 


Terima kasih, Jumpa lagi ;)

Saturday, March 16, 2013

Sungguh, Aku R.I.N.D.U .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Fuhh..Fuhhhhh..!! Tiup habuk siket dah jarang-jarang hupdate blog kan. Rindu weyy dekat blog nie. Malam nie nak cakap pasal rindu. Bukan ape tadi duk online FB tertengok Incik Ekonomi update status. Etceli dah lama tak contact dia. Kecikhati.  Atas sebab tertentu. Sihat kah dia? Harap sihat lah yer :) Saya kuat kan hati saya untuk tidak menghubungi awk.  Biar hati yang tahu. Mungkin awak lebih tahu. Malas nak ungkit benda yang dah lepas.! Kadang-kadang teringat juga dengan dia. Mana tak ingatnya kenal masa sekolah dulu. walaupun kita sekolah lain. Boleh tukar2 pendapat kan. Suka dengan wataknya yang "gile-gile". Kata dia nak datang Hari Terbuka Kolej Za'ba (Kolej aku) nak joint event yang dia suka. Datang la. Dulu pun dia pernah datang. Tak asing baginya kawan2 dia pun ramai kt sini. Tutup cerita pasal IE.

Of kos lah, rindu nak balik kampung. Allah je tahu perasaan nie. Tadi adik dah mesej cakap result dh nak keluar. Risau katanya. Doa lah moga Dia memberi apa yang kamu ingini. Yakin dengan apa yang kamu usahakan. Jika dapat apa yang bukan kamu ingini pasrahlah. Allah ingin mendugamu. Aku sebagai kakak ada disisimu. Jangan risau. Rezeki ada dimana-mana. :) Rindu adik-adik. Bagi aku tak ada yang membuat aku tenang melaikan berada di kampung. Seumpama lari dari bebanan tugasan. Even menaip dalam blog tidak merasakan suasana tidur di rumah bersama mak dan adik serta keluarga di kampung sana. Sungguh Aku R.I.N.D.U :(










Wednesday, February 27, 2013

Minggu kedua

Bismillah..

Minggu nie dah masuk minggu kedua kuliah. Hari Jumaat nie dah masuk bulan Mac kalendar 2013. Bermakna ada TIGA bulan lagi perkuliahan untuk semester ini. Tugasan ? Usah cakap lah tentulah tak mula lagi. Dengan forum nya dengan pembentangannya. Okey, semester nie 19jam kredit pengajian. Kira okeylah tue. Semester nie aku membawa diri keseorangan. Terasa sedih juga. Tapi aku ambil keputusan untuk tidak menukarkan kumpulan subjek yang aku ambil kerana malas untuk berurusan dengan pihak canselori. Bukan apa tukar kumpulan atas alasan nak satu geng dengan rakan yang paling rapat lebih mudah nak komunikasi nak borak-borak, yang paling penting nak buat TUGASAN.  Setakat ini kumpulan tugasan aku, alhamdulillah rakan satu kos dengan aku lagi. Tapi kita orang tidak rapat sangat. Tak ape lah, aku ingin mengajar diri aku untuk sesuaikan diri dengan orang lain. Kalau kita pergi jauh terutamanya macam aku, bakal guru akan ditempatkan kemana sahaja tempat yang bakal mengajar berkeseorangan sekalipun harus terima dengan hati terbuka. Yer, memang mula-mula sedih nak biasakan dengan tempat baru, orang baru yang kita tidak kenal tidak rapat tapi itulah sebenar hakikat KEHIDUPAN.



Benda yang paling sukar untuk kita buat ialah sesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang baru. Yup, itu yang aku alami sekarang. Bergaduh dengan emosi yang membuak-buak untuk terima keadaan. Sebenarnya perbuatan kita buat adalah berdasarkan apa yang kita fikirkan. Fikir positif jawapannya PASTI postif. Akan aku CUBA untuk bertahan dalam masa tiga bulan nie dalam menyiapkan tugasan dan yang penting buat yang terbaik dalam final SEMESTER ini. InsyaAllah.



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Wednesday, February 20, 2013

Hidup di teruskan lagi,,

Bismillah..

Dah lama tak update blogkan. Lama sepi bukan apa line takde. Hari isnin lepas dah masuk semester baru. Alhamdullilah selamat tiba di bumi mualim. result pun okay. Syukur. Semester nie banyak sangat dah berubah. Mula datang kolej pun rasa sedih sangat. Dah terpisah dengan housmate lama. Aku tercampak ke rumah baru. Dah lah budak BM aku je dalam umah nie. Hurmmmm..semua senior2 kat umah nie. Umah yang dulu geng suksis yang tinggal. Rumet baru orang sabah. Die budak sains sukan. Malam2 pegi training. Hujung minggu  memang takde kat umah die wakil upsi pegi tanding. duk sorg2 dlm bilik. Mula2 macam tak selesa lah sebab jadi orang baru kan dalam umah baru. Ambil masa nk sesuaikan diri.

Pasal semester nie banyak sangat beza dengan yang lepas. Geng2 kami dah berpecah banyak yang tak sama kelas. Kadang aku p kelas pun sorang2 jer. Takpe lah dah biasa dengan dunia kampus nie. Jadual pulak pihak akademik yang susun. Memang tak best langsung jadual aku sem nie. Pagi kelas lepas2 petang pulak. Tengah hari langsung takde kelas. Tak best kan. hurmmm...redha je lah. Ingatkan nak tukar tapi tak boleh sebab clash. Bagi aku, sistem yang lepas lebih baik. Awal sem dah dapat esemen. Biasa lah2. tak kesah sangat dah pasal esemen yang penting buat dan hantar.

Kadang2 rasa macam sedih sangat bila dah jauh dengan kawan2 lama nie. Kadang terfikir jugak nk tinggal kan kolej nie tapi tadi borak dengan senior cakap kat die nk tinggal kat luar dia tak bagi. Huhuhu.. Nantilah fikir balik..banyak kelebihan tinggal kt kolej nie. Selagi kolej perlukan aku tinggal di kolej nie. :)
Semester nie dan akan datang semua susah2. Biasalah adab belajar kan. Mak pun ada cakap yang manusia pun hidup ada susah ada senang. Anggap lah senang tue sebagai bonus dalam hidup. Okey lah..jumpa di lain ketika pula.


Pesanan..

# Housamate lama belajar elok2 
#Coursemate takde jodoh nk jumpe sem nie InsyaAllah sem depan berjodoh lah kita
# Semoga sem nie result lagi okey :)