Sunday, December 30, 2012

Doakan Aku.

Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Dan Penyayang..


Esok 31.12.2012, aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Tidak ada apa yang aku ingin bicarakan. Cukupulah kamu-kamu  mendoakan aku yang bakal menhadapi peperisaan yang bakal bermula esok hari sehingga pertengahan Januari tahun hadapan. Doakan aku semua :)


Untuk rakan seperjuangan..

# mohon maaf andai tersilap bicara tersalah kata. semoga kita semua dapat menempuh peperiksaan dengan baik dan diberkatinya. Semoga apa yang kita baca dan menelaah dapat dijawab dengan baik.


Untuk emak..

#Mak, esok anak emak nak exam. Mak buatkan solat hajat untuk anakmu ini. Dari jauh ku pohon doa seorang ibu. Ku tahu doamu diberkati. :(


Untuk Arwah Ayah..

# Ayah, esok jua anakmu menjalani peperiksaan. Kalau dulu aku selalu call ayah untuk minta restumu dan akan ayah jawab akan buat solat hajat untukku. Tapi aku tahu doamu mengiringiku walau kita berlainan alam. Alfatihah. Doakan saya ayah. Sebak bila mengenangkan ayah.


Untuk Pak Cik dan Mak Cik di kampung..

# Doakan anak saudaramu ini. InsyaAllah bakal pulang selepas peperiksaan selesai.


Untuk rakan-rakan yang mengenaliku..

# Aku tak pinta duit mahupun selonggok harta. Tak ada niat untuk menyusahkan kamu. Kupinta sekudus doa untuk agar dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan sempurna.


Ya Allah..
Permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku
dalam menjalani peperiksaan yang bakal kami jalani
pada esok hari sehingga tamatnya ujian..

Permudahkanlah Ya Allah..
Ingatkanlah apa yang kami bacai agar mudah kami jawab dengan sempurna
agar kami diberikan keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha kami.


Amin..







3 comments:

Unknown said...

gudluck dear :)

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

tq. gudluck too. :)