Friday, October 12, 2012

saya sedih.

Cukup memberi makna tajuk di atas kerana ianya mempunyai subjek dan predikat. Praktikan subjek morfologi.

Saya sedih cikgu tinggalkan sekolah sebelum saya menamatkan peperiksaan. Itulah luahan hati seorang anak murid setelah cikgunya berpindah sekolah lain. Cikgu telah mengajar disekolah anak muridnya selama 10tahun. Berbaktinya seorang cikgu pada sekolah anak kampung. Berjayanya seorang pelajar ke menara gading oleh cikgu tersebut.

Pernah tak merasakan saat-saat gentir anda bakal menghadapi peperiksaan dan tiba-tiba cikgu yang anda paling sayang, cikgu yang anda paling rapat, seolah-olah macam ibu anda, tempat anda luahkan perasaan, bertukar ke sekolah lain kerana naik pangkat. Yer..alhamdulillah kerana cikgu naik pangkat. Tapi perasaan anak murid tidak sanggup kehilangan seorang guru dalam masa peperiksaan yang hampir tiba beberapa bulan sahaja. Oh! tidak. Perasaan bercampur-baur. Cukup sedih hati anak murid itu.

Cikgu faham. Cikgu pun sayangkan kamu. Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun cikgu tidak ada di sekolah kamu bukan bererti cikgu lupakan kamu. Rakan sekerja?? Cikgu sayang akan rakan-rakan cikgu juga. Seminggu sebelum cikgu berpindah ke sekolah lain, ramai pelajar cikgu membuat jamuan menghargai cikgu. Bukan itu yang cikgu minta. Makcik tukang sapu pun hadiahkan cikgu ikan kerana itu sahaja makcik mampu hadiahkan cikgu kerana mengajar anak makcik. Selama 10 tahun cikgu di sekolah itu luar bandar .   Banyak kenangan cikgu. Sedih cikgu tak tunjuk. 

Selamat menghadapi peperiksaan. Terima kasih. Cikgu sayang kamu. Buktikan kamu boleh walaupun cikgu tidak ada lagi di sekolah itu. Sayang kamu Cikgu.!



BAKAL CIKGU ^^

Hidup biar berjasa, mati biar beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi.