Sunday, October 21, 2012

maaf buat emak.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Pada saat dan ketika ini, aku merasakan ingin melepaskan tanggungjawab aku di bumi Tanjung Malim. Demi menemani ibu yang keresahan di kampung. Terasa mahu terbang pulang ke sana menggantikan tempat arwah ayah. Sungguh berat seorang ibu menggalas tanggungjawab seorang diri membesarkan anak-anaknya. Aku di kejauhan hanya dapat menangisi keperitan ibu. Hanya itu yang aku mampu. Sungguh berat dugaan yang diberikan. Benar kata orang, kehilangan seseorang memberi seribu makna yang tersirat.

Adik, hanya pesanan yang aku mampu berikan padamu. Ubahlah perilakumu demi emak. Tolong, jangan buatkan emak sakit hati kerana kamu. Tolong. Tolong. Tolong. Mak, dah banyak korban masanya buat kita. Mungkin kau belum mengerti apa yang aku kata kan ini Ye, kau masih kecil. Masih keanak-anakan. Mak, yang aku tahu, dia tak akan dan tak akan pernah menangis di depan anak-anaknya. Walaupun ayah meninggalkan. Sakit yang dia tanggung tak minta belas kasihan orang. Hanya dia yang menanggungnya. Kau tidak mengerti. Aku di sini tak mampu berkata-kata hanya menahan sebak di talian pabila mendengar keluhan seorang emak.

Mak, mohon ampun atas segala kesilapan. Pohon anak-anak emak yang lain mengerti perasaan seorang emak. Alangkah indah kalau aku dapat melepaskan segala tanggungjawabku demi melayan kerenahmu adik. Aku tersepit di antara dua. Disana yang aku perlukan buat selamanya. Hanya doa jua yang dapat aku panjatkan. Seandainya dapat aku bersama emak saat ini, ku ingin peluk erat ibuku. Tapi semua itu mustahil aku lakukan. Aku hanyalah perantau ilmu di bumi muaalim demi menyampai amanat arwah ayah.


mampukah aku??
 

.

2 comments:

SRiKaNDi ChiNta said...

Dear KAKAK, semoga untaian rindu kamu terhadap emak akan selalu bersahut dalam doa kudusnya kepada-NYA. Tabahkan hatimu kakak ! meski ayah telah tinggalkan emak, kakak dan adik-adik, kakak kena tetap kuat ! kena kekal bersemangat ! doa kawan kakak disini adalah, semoga ALLAH sentiasa memelihara dan melimpahkan rahmatNYA yang tidak bertepi untuk emak dan adik-adik KAKAK.

I LOVE YOU KAKAK ! :')

*meskipun i bukan adik u, tapi i <3 u ! :')

Farhana Irdina said...

terima kasih kawan kakak. Sayang kawan kakak juga :)