Friday, July 13, 2012

Istimewa golongan Hawa ('',)

Salam untuk Readers ^^

 Dari Muaz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda :

" Mana-mana perempuan yang berdiri atas dua kakinya membakar roti bagi suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api itu, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api Neraka. Dan mana-mana perempuan yang menunggu suaminya pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya, disediakan makan minumnya, direnungkannya muka suaminya, memegang tangan suaminya, memperelokkan jamuan kepadanya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya pada suaminya untuk mencari keredhaaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap kalimah ucapannya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat Allah kurniakan padanya "nur" sehingga tercengang-cengang perempuan-perempuan Mukmin seluruhnya atas kurniaan keramat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi." (Riwayat Abu Hurairah)


Hati perempuan umpama kaca kilauannya mempersona, cantiknya memukau jiwa sinarannya menambat rasa Namun.. rapuhnya tidak diduga sekali retak, beribu rekahnya sekali terhempas, luluhlah jiwanya.  



Tak salah kalau penulis menyatakan " perempuan amat berharga dalam kehidupan. Pabila tiada pasti dicari pabila perempuan hadir mereka disakiti. Perempuan perlu dihargai kerna mereka inspirasi sanubari ;) Ececey ^^


So, Hargailah Wanita ('',)

2 comments:

Aishah Zan said...

Saya hanya sang sahabat yang ada ketika gembira. maaf kawan keran tidak mapu wujud tika awak masih butuhkan seseorang untuk merasai sakitnya dugaan ini. :) saya sayang awak. walaupun jasad kita terpisah jauh. kerana awak dan yang lain saya di bumi UKM.

Farhana Irdina said...

kamu sahabat yang ada tika saya duka mahupun suka. jauh hanya jasad tapi naluri hati masih dekat. terpisah jauh di dunia usah mengapa bertemu di pintu rayyan. ukhwah fillah :)