Thursday, April 25, 2013

Kisahku Kekuatanku # Bahagian pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini aku berpeluang untuk menceritakan ini semua. Tanpa merasakan kesedihan. InsyaAllah dengan izinNya. Ramai rakan seperjuangan di bumi muaalim dan yang lain bertanya kepada aku selepas hampir setahun kisah ini berlaku pada diri aku. Ada yang aku jawab, ada yang aku ceritakan, ada juga aku jawab persoalan mereka dengan senyuman :) Mohon maaf rakan-rakan. Mungkin rakan-rakan ingin tahu, ingin bertanya tapi takut aku akan sedih. Mungkin. Di sini aku mengambil alternatif untuk berkongsi dan menjawab persoalan kalian.


03.05.2012 

Petang khamis jam 7 petang, selepas kelas pengurusan ko aku mendapat panggilan daripada pak cik aku. Masa tue tengah otw ke pasar malam KZ  xsempat beli apa-apa pun. Pakcik cakap ayah tenat. Kalau boleh  balik lah esok. Bila dengar pakcik cakap macam tue dah tak boleh fikir apa-apa. Nak balik je fikir. Fikir Ayah. Ayah. Ayah. Masa tue kredit pun habis. Nasib ex rumet ada simpan topup RM5. Pinjam dia kejap. Nak balik macam mane dah pukul 7 malam. Tiket pun xde. Nk pegi pekan macam mane? Dah lah aku nie perempuan? Bahaya!  Dah lah ayah tenat. Masa tue air mata xsah cakap lah depan orang ramai dekat pasar malam. Takde malu time tue. Aku cuba contact seorang Hamba Allah nie, cuba call dapat. Aku nampak dia post di FB bagitahu nak balik. Aku cakap nak balik malam nie. Ayah tenat dekat hospital. Dia tanya ada tiket tak ? aku jawab tak ada. Pakcik baru call je. Dia cakap kalau macam tue kemas barang-barang 7.45 nak gerak pegi pekan. 

Masa tue dah tak fikir panjang terus naik bilik amik baju letak dalam beg main campak-campak je. Dia sempat pesan lagi tak payah bawak balik baju banyak sangat kat rumah baju dah banyak. Macam lah dia tahu kat umah baju dah banyak. Masa tue duit takde. serius aku cakap ada RM10 je. Nak pegi amik duit lagi dekat mesin ATM KAB. Ye lah nak balik bayar tiket. Takde duit tak boleh balik. Dalam masa yang sama dia dah duk tunggu, bas gerak pukul8. 7.45 tak siap pape lagi. Dia dah call. Ex rumet yang tolong jawab. Sampai di ATM KAB masalah pulak. Kad ATM aku tak boleh nak detect. Dah banyak kali aku buat. still tak boleh. Allah Dugaan. Dia dah call, aku cakap duk dekat ATM KAB nak amik duit. Hamba Allah tersebut cakap tak payah cucuk duit dah lewat masa tue dah pukul 7.55. Bas gerak pukul 8. Aku nak balik macam mana tiket tak ada. Dalam hati mudahkan lah urusanku ya Allah. Sampai di pekan 8.05 bas dah hampir gerak. Aku nak balik besut sorang-sorang tak pandai. Nak beli tiket lagi lah tak reti. Tak fikir panjang naik bas SKS KL hanya tinggal dua seat je yang ada. Cukup untuk aku dengan Hamba Allah itu. Naik bas pakcik tanya mana tiket, aku tak jawab pape. Dia yang jawab yang selesaikan. 

Hamba Allah tersebut beli tiket dari Kuala Lumpur(Hentian Putra) ke Jerteh. So transit la. Aku tak pandai transit-transit nie sumpah.! Dia yang banyak bantu. Sampai dekat mana tak tahu bas berhenti. dalam satu jam jugak la. masa dalam bas hati risau ayah macam mana lah. call pakcik banyak kali. Call mak tak jawab. tak angkat tefon. Lagi gusar hati aku. Macam mane adik-adik? sape jaga? Sumpah risau! Masa tue kawan-kawan call tanya macam mana ayah. aku jawab tak tahu. sebabnya bila call pakcik tak jawab. call mak tak angkat. Subhanaallah. Masa tue Allah je tahu perasaan aku. Akhirnya pakcik call balik aku. Dia cakap ayah lagi tenat. Aku cakap dengan pakcik aku otw balik ke jerteh. Dia risau aku balik dengan apa? Mana dapat tiket? Malam-malam macam tue. Bahaya perempuan. Dia cadang suruh balik esok. Tapi Allah mudah kan urusan aku. Bas berhenti tak tahu dekat mana. Hamba Allah tersebut suruh aku turun. Ingat dah sampai rupanya tak. Kena naik monorel pulak. Aku dengan duit takde nak naik moneral macam mane. Nie semua gara-gara kad ATM tak boleh nk detect. Time tue lah nak buat hal. Dia beli tiket. Kami terpaksa rushing sebab tiket dia jam 10malam. Tiket dia, aku tak de tiket lagi. Kata dia kita cari tiket balik Besut di Hentian Putra. Okey, aku ikut. Masa tue dh 9.30 malam. Kuala Lumpur mana aku tahu jalannya. Dia yang banyak bantu. Lepas turun monorel, kami jalan kaki nak pegi hentian putra. Jalan kuala lumpur faham-faham la.

Sampai Hentian Putra, dia yang banyak tolong aku, cari tiket dari satu kaunter ke satu kaunter nak balik Jerteh. Tak kira lah Bas Mahligai ke, bas Mutiara ke, Permata ke,janji aku sampai Jerteh esok hari. Di Hentian Putra, ramai sangat orang nak balik kampung. Sesat sangat. Penuh hentian putra. Aku takbiasa tempat tue. First time di Hentian putra. Cari-cari tiket semua kaunter tiket cakap. TIKET HABIS. Allah..aku nak balik macam mane tak kan nak tidur kt hentian putra sorang-sorang? Hamba Allah cakap sabar kita cuba cara lain cuba tanya pakcik bas kot2 boleh tumpang.  Dah lah masa tue nak pukul 10malam. Tiket bas dia pukul 10. Nak cari tiket aku lagi. Mase tue xyah cakap lah berpeluh-peluh terkejar2 kaunter ke kaunter nak balik jerteh cari tiket. Semua tiket HABIS. Pilihan terakhir, tanya pakcik bas. Hamba Allah nie jenis pandai bercakap. Dia dah biasa dan dia tahu tentang bas. Dia yang banyak tolong aku. Dia cakap " awak tak payah pegi mana-mana tinggal sini kejap, biar dia pegi tanya pakcik bas kot2 boleh awak tumpang balik jerteh" (lebih kurang macam tuela dia kata). Dia tinggal aku seorang  di situ nak pegi tanya pakcik bas. Masa tue ramai sangat warga asing. Aku dah mula takut, cuak, macam-macam perasaan ada. Fikir keadaan ayah lagi yang tenat. Bila call mak xde jawapan. Sedih giler time tue. Hanya sempat balas mesej rakan2. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan kalau dia tinggal aku kt sini, macam mana aku nak hidup. Dahla mamat2 bangla ramai kat situ.

Dalam 10 minit dia datang, Allah syukur, dia datang. Muka dia dah penat. Berpeluh-peluh. pegi tanya pakcik bas demi nak tolong aku. Aku harap pakcik2 bas faham keadaan aku. Tapi dia bawa keputusan yang mendukacitakan Pakcik bas cakap tak boleh tumpang bas. aku kan tak ada tiket mana boleh main tumpang-tumpang bas nie. Pakcik bas tak faham keadaan saya. Menangis tak berlagu lah aku. Bejuang cari tiket bas dengan dia nak balik tengok ayah sakit tenat. Sumpah sedih sangat masa tue. Masa tue dah pukul 10 malam. Bas yang dia nak naik dah lama tiba. Dia buka dompet dan bagi TIKET BAS MAHLIGAI dia pada aku. Dia cakap " Na balik guna tiket nie" bermakna tiket dia. Dia yang  bawak aku dari KZ ke pekan Tanjung Malim, naik monorel, jalan kaki, sampai Hentian Putra. Jauh wehhh. Tiba2 dia bagi tiket dia kt aku. Sedangkan dia ada urusan yang amat amat amat penting pagi keesokan harinya. Aku serba salah nak amik atau tak. Kalau aku amik dia nak balik dengan apa? Jalan kaki? Sah2 memang dah sampai la. Dia cakap amik la sebab ayah aku dah tenat dah. Dia balik tak? Alhamdulillah dia balik dengan bas lompat. Kata dia. Allah permudahkan urusan aku dengan dia. Sedih. sebak. macam-macam dah ada masa tue. Tak fikir panjang bas duk tunggu aku. Orang lain dah naik bas. Aku je yang belum naik. Aku naik bas dengan tiket yang dia punya. Dia pulak balik tanpa ada tiket. Naik bas lompat. Tak kena bayar satu sen. Allah permudahkan urusan kami.  Terima kasih bantu aku. Perjalanan bertemu ayah yang sakit tenat bersambung di bahagian kedua. Tunggu.

2 comments:

nur Qisya said...

:) tabah lah anda wahai farhana.
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. kepahitan yang dilalui pastinya akan memperolehi kemanisan pada penghungnya <3

Albi Nadak said...

bersabarlah wahai sahabatku....Allah ada bersamamu...