Wednesday, February 27, 2013

Minggu kedua

Bismillah..

Minggu nie dah masuk minggu kedua kuliah. Hari Jumaat nie dah masuk bulan Mac kalendar 2013. Bermakna ada TIGA bulan lagi perkuliahan untuk semester ini. Tugasan ? Usah cakap lah tentulah tak mula lagi. Dengan forum nya dengan pembentangannya. Okey, semester nie 19jam kredit pengajian. Kira okeylah tue. Semester nie aku membawa diri keseorangan. Terasa sedih juga. Tapi aku ambil keputusan untuk tidak menukarkan kumpulan subjek yang aku ambil kerana malas untuk berurusan dengan pihak canselori. Bukan apa tukar kumpulan atas alasan nak satu geng dengan rakan yang paling rapat lebih mudah nak komunikasi nak borak-borak, yang paling penting nak buat TUGASAN.  Setakat ini kumpulan tugasan aku, alhamdulillah rakan satu kos dengan aku lagi. Tapi kita orang tidak rapat sangat. Tak ape lah, aku ingin mengajar diri aku untuk sesuaikan diri dengan orang lain. Kalau kita pergi jauh terutamanya macam aku, bakal guru akan ditempatkan kemana sahaja tempat yang bakal mengajar berkeseorangan sekalipun harus terima dengan hati terbuka. Yer, memang mula-mula sedih nak biasakan dengan tempat baru, orang baru yang kita tidak kenal tidak rapat tapi itulah sebenar hakikat KEHIDUPAN.



Benda yang paling sukar untuk kita buat ialah sesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang baru. Yup, itu yang aku alami sekarang. Bergaduh dengan emosi yang membuak-buak untuk terima keadaan. Sebenarnya perbuatan kita buat adalah berdasarkan apa yang kita fikirkan. Fikir positif jawapannya PASTI postif. Akan aku CUBA untuk bertahan dalam masa tiga bulan nie dalam menyiapkan tugasan dan yang penting buat yang terbaik dalam final SEMESTER ini. InsyaAllah.



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

No comments: