Tuesday, November 6, 2012

minggu ke lapan kuliah.

Bismillah..

Minggu ini minggu yang tertekan. Kenapa ?? Kerana minggu pembentangan kerja, minggu hantar tugasan baik tugasan individu mahupun kumpulan. Separuh sudah sudap. Separuh belum. Sakit kepala mula terasa. Antara tanggungjawab dan kerjaya. Susah-susah pun akan siap juga. Tak tidur malam dah biasa. Rutin harian pelajar universiti. Berdenyut-denyut kepala memikirkan kesudahan tugasan. Nak garapnya hanya empat muka surat. Nak kaitkan dengan teori bukan mudah. dengar empat muka surat sikit je. goyang kaki siap. Habis kualiti mane nye.! Dammmmmmmm !! Tak suka dengan teori. Tolonglahh. sedih sangat rasanya. Ilmu tak cukup nak siapkan empat muka surat. Media Oh Media! 

tak pernah ku ragui 
tak pernah ku hindari
dihimpit bayangan gurauan
di dalam jaga ku termimpi-mimpi..

Cepatlah masa berlalu. Kadang-kadang dah terbiasa takde perasaan dah nak sudahkan tugasan nie. Senyum je lah dalam duka pun. Tak perlu merungut kerna ianya satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan. 

Ini yang terbaik.
Ayuh sama-sama baca.



2 comments:

kukiskacangmerah said...

singgah sini :)

Unknown said...

ok..dah singgah pun. jemput singga juga :)